Antara Individu Yang Pernah Popular Kerana Tular Di Media Sosial

Jom Share..

 

Zaman serba canggih kini, semuanya dihujung jari. Jika anda rasa hendak terkenal dengan begitu cepat, buat saja video kelakar dan muat naik ke dalam laman sosial Facebook ataupun Youtube, jika anda bernasib baik, orang suka dan viralkan. Sekelip mata sahaja anda akan menjadi terkenal seperti artis!

Ada beberapa orang yang namanya disebut-sebut dalam media sosial, dan mereka ini sering menjadi viral dan perhatian netizen-netizen. Silap sikit sahaja mereka akan dikecam! Anda sanggup ke dikecam?

Jom kita lihat wajah-wajah yang  terkenal kerana menjadi viral di laman sosial,

 

Asyalliee

 

Dulu pernah viral video “Macam cantik je, macam comel je.” dan menjadi bualan ramai kerana dianggap gedik dan mengada-ngada. Tapi siapa sangka boleh terkenal sampai sekarang kan?  Dulu memakai nama samaran Syasya Solero. Syasya kini mempunyai 1 juta pengikut di Instagram.

 

Wak Doyok

 

Ramai yang menganggap Wak doyok dikenali sebagai artis, sebenarnya sebelum dikenali, Wak Doyok bukan seorang selebriti namun namanya sentiasa menjadi bualan. Gaya fesyennya yang lain dari yang lain menjadi perhatian. Kini, Wak Doyok bergelar pelakon dan pengacara. Siapa sangka dengan personalitinya yang agak unik itu menjadikan dia popular pada hari ini.

 

King Koko

 

Masih segar dalam ingatan video slang King Coco yang pernah menjadi viral sebelum ini. Video tersebut ternyata menjadi bualan hangat sehinggakan ada yang sanggup mendedahkan siapa sebenarnya King Coco. Bukan itu saja, kisah perkahwinannya bersama suami orang turut menjadi perhatian.

 

Norhayati Tahir

 

Dia mula terkenal dengan video meminta hutang dan berceloteh dalam loghat Siam, pada mulanya wanita ini tidak sangka video yang dibuatnya hanya sekadar suka-suka menjadi viral di media sosial. Menurutnya, longhat tersebut ditiru memandangkan ibunya berketurunan Siam. Jika anda ada menontonnya, pasti anda akan gelak dengan cara penyampaiannya itu.

 

Rose Incotine

 

Selalunya wanita suka buat muka comel je, jarang nak jumpa yang perangai gila-gila suka buat mimik muka. Siapa sangka dengan membuat mimik muka sebegitu sudah boleh dijadikan tiket buat seseorang untuk menjadi popular dan terkenal dalam masa yang singkat. Namun sebenarnya bukan mudah untuk membuat mimik muka luar biasa tersebut. Anggap ianya satu anugerah kerana sudah membuatkan Rose terkenal sekarang.

 

Dayana Hashim

 

Gadis ini bukan penyanyi atau pelakon. Namun disebabkan wajahnya mirip pelakon lelaki popular, Fattah Amin, gadis ini terus menjadi perhatian ramai. Jika lihat pun, memang ada iras-iras Fattah Amin kan?

 

Nos Syazana Rosli

 

Seiras persis kembar kan?

Sumber: Hanasuva.com

 

Loading...