Blog

Satu Jenis Ombak Berbentuk Segi Empat Di Temui Di Perancis Buat Ramai Terkejut..

Alam semulajadi memang selalunya tidak gagal untuk mengagumkan kita akan keindahannya. Sama juga seperti Isle of Rhe di Perancis, yang telah memperlihatkan ombak berbentuk empat segi. Bukankah itu sangat menarik?

 

Gambar Sekadar Hiasan : Sumber : Google Images fenomena

 

aneh ini berlaku apabila air daripada dua laut berbeza bertembung. Ianya nampak sungguh menarik dan cantik tetapi, ianya boleh menjadi lebih berbahaya daripada air pasang surut.

 

Sumber: Donald Plourde/ Flcikr

 

Ini kerana, banyak kejadian yang berlaku apabila berlaku kemalangan akibat fenomena ini. Ada kapal yang tersekat di dalam ombak ini, dan sekiranya anda berada di dalam laut semasa fenomena ini berlaku, ianya sangat sukar untuk menyelamatkan diri.

 

Sumber :animalde

 

Ianya boleh dilihat dengan jelas di Isle of Rhe kerana ianya terletak di antara dua laut melintang.

 

Sumber : waitwow

 

Jauh di dasar laut di mana dua laut itu bertembung, dua cuaca yang berbeza akan membentuk sistem ombak yang bergerak ke arah bertentangan. Ditambah dengan faktor masa, ia akan menjadikan corak ombak berbentuk empat segi.

 

Sumber : panoramio

 

Tempat ini turut menjadi tumpuan pelancong. Namun corak empat segi itu sukar dilihat daripada persisiran pantai. Jadi, ramai yang pergi ke sebuah rumah api yang sudah wujud daripada tahun 1800-an untuk menyaksikan daripada jarak yang lebih tinggi.

 

Sumber : cainadamsson

 

Ia nampak jauh lebih cantik apabila melihatnya daripada jauh atau daripada udara.

 

sumber | Coastalwatch Australia

 

Jika anda berpeluang ke Isle of Rhe, jangan lepaskan peluang untuk melihat fenomena ini!

 

Sumber : Era Baru

3 Puteri Diraja Jelita Ini Sebenarnya Anak Pelakon Veteran Terkenal…

 

Disebalik penganugerahan darjah-darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Istana Pahang kepada penerima-penerimanya termasuk selebriti tanah air, Hangat.com tertarik dengan sejarah keluarga diraja Pahang yang turut berkait rapat dengan beberapa orang selebriti.

Keluarga Besar Tengku Mahkota Pahang 
Untuk anda yang tidak tahu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Hj Ahmad Shah mempunyai 10 orang cahaya mata. Hasil perkahwinan Baginda bersama Tunku Azizah Aminah Maimunah pasangan diraja ini dikurniakan enam cahaya mata, 4 Putera dan 2 Puteri.

 

 

Walaubagaimanapun, putera sulung baginda berdua,Yang Mulia Tengku Ahmad Iskandar Shah yang dilahirkan pada 24 Julai 1990 mangkat pada hari yang sama. Pasangan diraja ini juga mempunyai seorang anak angkat lelaki iaitu Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim bin Tengku Arif Bendahara Ibrahim yang merupakan anakanda bongsu kepada Tengku Arif Bendahara Ibrahim dan isteri ketiga, Czarina binti Abdullah
3 Puteri Diraja Ini Warisi Kecantikan Bonda

 

Tengku Abdullah juga mempunyai isteri kedua yang juga pelakon veteran terkenal, Cik Puan Julia Rais. Nama Julia Rais sering kali menjadi perhatian suatu ketika dahulu menerusi drama yang dilakonkannya.

 

Hasil perkahwinan baginda bersama Julia Rais, baginda dikurniakan 3 puteri yang sama cantik seperti bonda mereka. Perkenalkan, Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Ilisha Ameera dan Tengku Ilyana Tengku Abdull

 

 

 

 

 

Kesemua puteri – puteri baginda kini berada di England bersama bonda mereka, Cik Puan Julia Rais.

 

Sumber : Instagram Tengku Puteri Iman Afzan

Antara Individu Yang Pernah Popular Kerana Tular Di Media Sosial

 

Zaman serba canggih kini, semuanya dihujung jari. Jika anda rasa hendak terkenal dengan begitu cepat, buat saja video kelakar dan muat naik ke dalam laman sosial Facebook ataupun Youtube, jika anda bernasib baik, orang suka dan viralkan. Sekelip mata sahaja anda akan menjadi terkenal seperti artis!

Ada beberapa orang yang namanya disebut-sebut dalam media sosial, dan mereka ini sering menjadi viral dan perhatian netizen-netizen. Silap sikit sahaja mereka akan dikecam! Anda sanggup ke dikecam?

Jom kita lihat wajah-wajah yang  terkenal kerana menjadi viral di laman sosial,

 

Asyalliee

 

Dulu pernah viral video “Macam cantik je, macam comel je.” dan menjadi bualan ramai kerana dianggap gedik dan mengada-ngada. Tapi siapa sangka boleh terkenal sampai sekarang kan?  Dulu memakai nama samaran Syasya Solero. Syasya kini mempunyai 1 juta pengikut di Instagram.

 

Wak Doyok

 

Ramai yang menganggap Wak doyok dikenali sebagai artis, sebenarnya sebelum dikenali, Wak Doyok bukan seorang selebriti namun namanya sentiasa menjadi bualan. Gaya fesyennya yang lain dari yang lain menjadi perhatian. Kini, Wak Doyok bergelar pelakon dan pengacara. Siapa sangka dengan personalitinya yang agak unik itu menjadikan dia popular pada hari ini.

 

King Koko

 

Masih segar dalam ingatan video slang King Coco yang pernah menjadi viral sebelum ini. Video tersebut ternyata menjadi bualan hangat sehinggakan ada yang sanggup mendedahkan siapa sebenarnya King Coco. Bukan itu saja, kisah perkahwinannya bersama suami orang turut menjadi perhatian.

 

Norhayati Tahir

 

Dia mula terkenal dengan video meminta hutang dan berceloteh dalam loghat Siam, pada mulanya wanita ini tidak sangka video yang dibuatnya hanya sekadar suka-suka menjadi viral di media sosial. Menurutnya, longhat tersebut ditiru memandangkan ibunya berketurunan Siam. Jika anda ada menontonnya, pasti anda akan gelak dengan cara penyampaiannya itu.

 

Rose Incotine

 

Selalunya wanita suka buat muka comel je, jarang nak jumpa yang perangai gila-gila suka buat mimik muka. Siapa sangka dengan membuat mimik muka sebegitu sudah boleh dijadikan tiket buat seseorang untuk menjadi popular dan terkenal dalam masa yang singkat. Namun sebenarnya bukan mudah untuk membuat mimik muka luar biasa tersebut. Anggap ianya satu anugerah kerana sudah membuatkan Rose terkenal sekarang.

 

Dayana Hashim

 

Gadis ini bukan penyanyi atau pelakon. Namun disebabkan wajahnya mirip pelakon lelaki popular, Fattah Amin, gadis ini terus menjadi perhatian ramai. Jika lihat pun, memang ada iras-iras Fattah Amin kan?

 

Nos Syazana Rosli

 

Seiras persis kembar kan?

Sumber: Hanasuva.com

 

Pukul 3 Pagi. Roommate Bangun. Aku Buat–Buat Tidur. Alangkah TERKEJUTNYA Aku Bila Dia Tiba Tiba….

Nama aku Maira. Aku ada sorang room mate. Dia cantik tapi ramai kata dia sombong. Malas study, bangun lewat tapi tiap2 sem dia dapat dekan. Pelik.. Ramai la kawan2 lain yg ngumpat dia mcm2 bela hantu la, mcm2 lah lagi. Satu hari, aku takleh tido. Dlm koi 3 pagi dia bangun, aku terus buat2 tido. Aku perhati je dan terkejut bila dia tiba-tiba…….

 

 

Aku Maira. Bukan ex student uia ataupun um. Atau sewaktu dgnnya. Aku budak kolej biasa-biasa je. Maaf kalau intro tak berapa nak cun tp aku cubalah utk menulis sehabis baik buat pembaca. Ramai sibuk cerita pasal mental disorder lah, housemate la, roomate la, mmg cerita ni ikut musim ke?

Buat confessor yg cerita pasal roomate yg islamik tu, tahniah la sb dpt kawan yg zahirnya mmg nampak kebaikan dan kau sedarinya sendiri.

 

Berbeza dgn roomate aku. Roomate aku seorang yg tegas dan nampak garang. Aku panggil sebagai Zulaikha jela ya. Orangnya cantik tapi sayang mata aku nilai dia dr segi negatif sahaja. Kalau tak kenal, confirm2 kau akan gelar dia budak sombong.

Nak senyum pun payah. Senang cerita, kelakuan dia bertentangan drpd kisah roomate islamik tu. Sepanjang aku dalam bilik dgn dia, belum pernah aku nampak dia study. Tp hari-hari assignment dia siap dan dekan every sem. Dah la tidur awal, pastu bangun lambat. Entah bila dia study pun aku tak tahu.

 

So cerita pasal dia ni jadi bualan umpat aku hari-hari kt kawan-kawan aku. Mcm-macam la aku cerita ckp dia ada membela la, pemalas la apa la. Semua negatif aku cerita. Sampailah satu hari tu aku sendiri tersedar semuanya.

Aku paling lewat boleh stay up sampai pukul 1-2 pagi. Tu pun kadang-kadang. Satu hari tu, aku tak boleh nak lelap tapi aku paksa diri. Tiba-tiba dalam pukul 3pagi aku dengar telefon roomate aku berdering.

 

Aku pun pasang telinga jela kot2 siapa ntah telefon dia malam-malam buta mcmni. Tapi salah. Rupanya tu alarm dia. Aku tengok dia pusing 2 3 kali dan terus bangun pergi toilet. Keluar je dari toilet aku nampak dia amik telekung dan solat. Aku mcm speechless. Terkedu.

Habis je solat, dia punya doa tu betul2 menikam kalbu aku. Dengan esakan tangisan dia seolah-olah nak Allah perkenankan doa dia. Rasa mcm dunia ni dia tengah bercakap betul2 ikhlas depan Allah. Syahdu hati aku.

 

Part yg aku tak boleh control, bila dia doakan aku selaku roomate dia. Aku tak kaya. Masuk pun sekadar lepas yuran pertama je. Duit2 buku aku semua Zulaikha yg bagi.

Masa tu aku mengomel sorang sebab kata buku-buku mahal. Kalau org miskin, mana mampu nak beli. Lepastu dia tanya aku kenapa. Duit tak cukup ke? Dia hulur rm100. Dia cuma cakap “pinjam je. Hujung sem bayar balik.”

 

So sejak aku nampak dia berduit, kadang2 saja aku mengomel pasal duit. Dan Zu hulurkan je tanpa banyak songeh. Dia ckp, duit boleh cari. Kejar ilmu semampu yg boleh dan jangan merungut. Allah tak suka. Sejak tu aku jarang sangat dah nak cakap pasal duit.

Berbalik pada doa dia, dia selalu doa supaya aku dicukupkan segala2nya. Habis je solat, dia terus bukak buku. Aku tahan je mata nak tengok dia study sampai pukul berapa. Dia study sampai azan Subuh. Lepastu, dia pura2 sambung tidur sb biasanya alarm aku lak yang akan bunyi dan aku akan kejutkan dia.

 

Related image

 

Patut la selama ni aku kejut mcm senang je nak bangun. Mandi pun tak lama sb dia dah mandi siap-siap pukul 3 pagi tu.

So dia cuma cuci muka dan solat Subuh. Start dari sini aku mula nak kenal dia. Aku rasa dia special. Sebab aku berdua je dalam bilik dengan dia dan aku je yg selalu jarang dalam bilik.

 

Aku tekad nak tahu apa yg dia buat dan kemana dia selalu pergi bila aku tak ada kat bilik.

Malam tu, semua heboh ada ceramah israk mikraj. Jemputan pun ustaz gah-gah. Semua nak pergi kecuali Zu. Zu buat-buat tak tahu je.

 

Aku ajak, dia kata dia tak layak. Pergi masjid pun tak pernah. Ni sebab ustaz femes ada baru nak pergi masjid, baik tak payah. Aku mcm terkedu. Tp aku ikutkan je kawan2 aku.

Malam tu semua kolej kosong pergi masjid nak tengok ustaz femes. Bukan dengar ceramah pun. Masing2 cuma update fb dan ig masing-masing je konon- konon bajet islamik pergi kuliah. Habis je ceramah, aku terus balik bilik.

 

Aku tgk Zu tidur. Tp nafas dia turun naik. Aku fikir mesti dia solat menagis2 lagi kot. Waktu aku nak bukak kasut, aku ternampak kat baldi baju kotor ada purdah hitam dan jubah hitam. Aku angkat. Lagipun Zu selimut sampai ke muka. Aku tengok tu purdah yg dah basah lencun. Aku tertanya-tanya.

 

Image result for dorm at night

 

Esok tu Zu tanya ceramah pasal apa. Tp aku satu haram tak tahu. Aku tak dengar sebab berborak. Zu cuma geleng kepala. Malam tu, jiran sebelah bilik aku tanya, siapa yg pakai purdah yg keluar dr bilik aku semalam.

Aku tertanya-tanya, Zu ke tu? Operasi menyiasat aku teruskan. Hujung mingu Zu jarang balik. Dia ada kereta. Tapi sabtu dan ahad dia jarang ada.

 

Pagi2 dah tak ada. Jadi aku dah standby follow dia ketat-ketat. Pagi tu aku nampak Zu keluar pakai pakaian biasa. Zu ni tak pakai tudung labuh pun. Dia ber style sikit tapi bagi aku imej muslimah tu ada lagi la.

Dia beli nasi lemak. Banyak juga. Lepastu dia terus drive sampai ke satu rumah ni. Aku syak tu macam rumah kebajikan. Dia keluar pakai purdah! Kehadiran dia mmg disambut meriah. Semua budak-budak mcm happy tengok dia. Dia bagi makanan, terus dia balik.

 

Sepanjang tu, aku dah tak banyak ckp dengan dia. Dia lagi la tak payah ckp. Mmg buat hal sendiri je. Cuma kalau bab makan, dia kerap belikan aku sekali sampaikan aku naik segan juga.

Hujung sem, kitorang dah nak berpisah. Entah satu bilik lagi atau tak. Dia sikit pun tak sebut pasal duit. Aku terus hulurkan sampul duit . Walaupun tak cukup mcm apa yg dia bagi, tapi aku harap aku tak terlalu makan budi baik dia.

 

Dia cuma ckp, dia ikhlas. Duit boleh cari. Lagipun dia dah tak ingat berapa sebab dia kata aku bagi banyak sangat. Banyak apanya. RM150 je. Dia bagi aku lagi berlebihan. Last-last, aku tak tahan dah air mata.

Aku peluk dia kuat-kuat dan minta maaf sebab selalu jaja cerita buruk-buruk pasal dia. Dia tercengang-cengang. Aku cerita semua yg aku nampak. Zu cuma diam je. Baru aku nak angkat kaki, Zu tarik tangan aku. Dia ckp selama ni dia cuba utk sembunyikan kebaikan dia.

Dia tak nak orang nampak apa yg dia buat sebab dia kata riak tu umpama api dalam serkam. Yg perlahan-lahan membakar amal kebaikan dia selama ni. Biarlah manusia nilai dari mata kasar asalkan dia tahu Allah Maha Melihat segalanya.

 

Image result for dorm at night

 

Mengenai purdah, Zu mengaku itu dia punya. Dia pakai utk elak orang kenal siapa dia. Dia tak nak manusia puji-puji diri dia. Dan dia tahu aku pun mengumpat pasal dia. Nasihat dia kat aku, “jangan terlalu menunjuk kebaikan diri, takut keikhlasan tu tiada.”

Dan sampai sekarang aku pegang kata-kata dia, riak itu umpama api dalam serkam yg luarnya tak nampak apa-apa tapi bakar senyap-senyap dari dalam.

 

Kepada Zulaikha, terima kasih kerana buka mata aku. Jika dahulu aku terlalu menunjukkan diri utk orang tahu aku baik, tapi tetap ada manusia yg nampak kau lebih baik walaupun kau tak pernah zahirkannya.

Bila soal derma, kau tak pernah derma terang-terangan saat orang tengah berebut masukkan duit dalam tabung. Kau cuma pandang je. Bila dah reda, baru kau letak wang kau.

 

Saat orang lain kesusahan, kau tak teragak-agak nak hulur-hulur walaupun kau guna ayat “pinjam je. Hujung sem jgn lupa bayar.” Tp hakikatnya kau ikhlas memberi tanpa meminta. Saat orang lain lena diulit mimpi, kau bangun tahajud merintih berdoa pada yg Esa memohon perkenankan segala permintaan kau.

Saat orang lain mencerca diri kau, kau tersenyum malah mengiyakan kata-kata mereka. Dan saat aku beranggapan kau adalah manusia sombong, kau cuma kata “aku lebih suka berdiam diri drpd banyak berkata-kata kerana aku takut bila aku mula berkata-kata banyak, lebih banyak dusta daripada benar.”

 

SUMBER : bacaviral

 

Baru aku sedar semuanya. Kau tak sombong. Kau tutup kebaikan diri kau dr mata manusia. Sedangkan aku dan yg lain berlumba-lumba update status utk tunjuk kebaikkan kami di alam maya.

Nasihat aku buat pembaca, janganlah nilai manusia melalui mata kasar kau sahaja. Kau belum kenal siapa mereka. Boleh jadi dialah manusia yg lebih hebat drpd apa yg kau sangkakan. Assalamualaikum. – Maira via IIUM.

 

Status Minuman ‘Zero’ Alkohol Jd Tanda Tanya..

 

SEBELUM ini umat Islam pernah digemparkan dengan penghasilan ‘bir halal’ daripada sebuah syarikat antarbangsa susulan satu pameran produk halal di ibu negara suatu masa dahulu.

Ia menjadi tular ketika itu kerana bentuk botol pada produk tersebut menyerupai bir biasa yang berada di pasaran sekali gus menimbulkan kegusaran dan persoalan dalam kalangan umat Islam tempatan mengenai statusnya.

 

Isu itu berjaya ‘dimatikan’ apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan bahawa tiada sijil halal dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk minuman ‘bir halal’.

Ini termasuk mana-mana produk pengguna yang didapati sengaja menggunakan nama menyerupai atau dikaitkan dengan perkara jelas hukumnya memang haram tetapi dijenamakan semula konon sebagai sudah halal.

 

 

 

Jelas beliau lagi, penggunaan nama ‘bir halal’ adalah bertentangan dengan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia dan Standard Malaysia yang jadi rujukan Jakim serta Jabatan Agama Islam Negeri dalam urusan sijil halal.

Bagaimanapun pada kali ini, umat Islam sekali lagi dikejutkan dengan produk yang sudah jelas dikeluarkan oleh sebuah syarikat arak terkenal di Asia, Tiger tetapi mendakwa kononnya minuman itu sebagai sifar alkohol.

 

 

 

Menurut pendakwah terkenal, Fathul Bari Mat Jahya dalam catatan menerusi laman Twitter miliknya, minuman itu adalah halal diminum kerana ramuan pada label tin menyatakan ia tidak mengandungi sebarang alkohol.

Dalam pada itu, anak bekas Mufti Perlis tersebut memberi gambaran bahawa isu berkenaan timbul ekoran namanya kebetulan sama dengan syarikat arak seperti rujukan terhadap nama binatang yang haram iaitu babi dan anjing.

 

Justeru, walaupun haiwan itu namanya memang adalah haram seperti babi laut atau anjing laut, namun ia tidak pula merujuk sama seperti ‘babi’ sebenar daripada sudut sifat zatnya.

 

 

Malah, hujah pendakwah itu turut disokong pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengatakan sesuatu minuman yang mengandungi alkohol kurang daripada 0.5 peratus adalah dibenarkan.

 

 

Kenyataan mufti itu dirujuk menerusi hujah tokoh Islam kontemporari terkenal, Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi yang pernah mengatakan bahawa penggunaan kandungan alkohol hanya sebanyak 0.5 peratus adalah dibenarkan.

 

 

Selain itu, Zulkifli merujuk kepada kenyataan Muzakarah ke-22 Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 1988 mengenai isu kordial yang mengandungi bahan perasa alkohol bagi tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya;

1. Alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak
2. Kuantiti alkohol dalam perasa itu sedikit iaitu tidak memabukkan.

 

Namun, pandangan ustaz, mufti dan ulama tersohor tersebut masih lagi dipertikaikan oleh ramai netizen yang dikatakan meragui terhadap cara penghasilan produk berkenaan pula.

Ada pihak mendakwa, sekiranya produk itu dihasilkan daripada bangunan yang sama satu bumbung mengeluarkan barangan haram, maka secara tidak langsung statusnya juga adalah tidak halal.

 

 

 

 

 

 

 

Malah lebih jelas, produk kontroversi sifar alkohol berkenaan pula secara terang langsung tidak memaparkan sebarang logo rasmi halal keluaran Jakim pada tin minuman tersebut.

Setakat ini, pihak Jakim dilihat masih belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara berkenaan minuman yang dikatakan sebagai bebas alkohol itu.

 

 

Namun secara umumnya mengikut sudut Fiqah, jika seseorang Muslim itu berasa ragu-ragu terhadap sesuatu perkara, maka lebih afdal untuk terus meninggalkannya.

Hal ini kerana bimbang ia menjadi perkara syubhah yakni samar-samar antara yang halal dan haram. – 

MYNEWSHUB.CC/AM

Canggih! Polis Dubai Akan Guna Motosikal Terbang Untuk Mengawal Lalu Lintas…

 

Dubai, wilayah terletak di Emiriyah Arab Bersatu sangat terkenal dengan pelbagai bentuk kemodenan.

Rata-rata penduduknya mempunyai kekayaan yang luar biasa dengan pelbagai kereta mewah, emas, haiwan peliharaan yang mahal, malah pasukan polis Dubai menggunakan sport car.

 

Bandar yang menjadi hub perniagaan Timur Tengah dan global ini juga mempunyai sistem keselamatan yang amat baik.

Kadar jenayah di Dubai adalah rendah berbanding bandar-bandar yang mempunyai saiz yang sama dengannya.

 

Menurut laporan Jabatan Diplomatik Amerika Syarikat (OSAC), kerajaan UAE giat mempromosikan langkah keselamatan dan sekuriti di Dubai.

Hal ini demikian, wilayah ini merupakan tempat tarikan pelancong serta merupakan tempat penting bagi pertumbuhan ekonomi.

 

Polis Dubai menjalankan inisiatif bagi mengawasi dan menjaga keselamatan orang awam. Pihak polis menyiarkan tips-tips keselamatan dan langkah pencegahan daripada menjadi mangsa jenayah melalui laman web mereka.

Keadaan lalu lintas di Dubai sering kali sesak disebabkan kemalangan jalan raya yang kerap berlaku.

 

Pihak polis sentiasa menghadapi tugas yang berat bagi memantau dan memastikan kelancaran lalu lintas.

Oleh sebab itu, Polis Dubai telah menandatangani satu memorandum persefahaman dengan Hoversurf, iaitu sebuah syarikat permotoran elektronik daripada Rusia.

 

 

Polis Dubai akan menggunakan hoverbike atau motosikal terbang bagi mengawal keadaan lalu lintas lebih-lebih lagi ketika waktu kecemasan.

 

Memetik laporan Gulf News, Sarjan Utama Ali Ahmad Mohammad berkata, “Motosikal ini boleh terbang tanpa penunggang  setinggi enam kilometer.”
“Jika dipandu oleh seorang pemandu, motosikal ini boleh terbang sehingga lima meter sahaja,” katanya.

 

 

Tambahnya lagi, motosikal ini mempunyai kelajuan maksium 70km/j dan mampu membawa muatan sehingga 300 kg.

Motosikal terbang merupakan motosikal elektronik dan baterinya hanya mampu bertahan 25 minit setiap cas.

 

Tujuan utamanya ialah bagi melancarkan lalu lintas dan bukannya untuk menangkap penjenayah.

Lapan kamera telah pun dipasang pada motosikal ini bagi mengesan pemandu-pemandu yang cuai di atas jalan raya.

 

 

Menurut Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pintar Polis Dubai, Brigadier Khalid Nasser Al Razooqi, motosikal terbang ini akan ditempatkan di tempat-tempat tarikan pelancong dan setiap kamera akan dihubungkan kepada bilik kawalan polis.

Bukan motosikal terbang sahaja, Polis Dubai bakal menggunakan sebuah kereta robot yang mempunyai dron. Walaupun hanya kereta kecil seperti alat mainan, kereta ini digunakan bagi mengawasi sebarang bentuk penjenayah termasuklah mengenal pasti suspek.

 

Sumber : erabaru

Kisah Rompakan Emas Terbesar Di Malaysia, Rm12 Juta Emas Hilang Dalam Masa 20 Minit!

 

Korang biasa tak tengok filem jenis ‘heist’, atau rompakan? Antara contoh filem rompakan yang paling top adalah Ocean Eleven ataupun The Italian Job, di mana sekumpulan geng merancang untuk merompak bank, kasino, berlian, atau apa-apa jelah janji mahal..

 

Tapi korang tau tak kat Malaysia sendiri, kita pernah ada kes rompakan yang bernilai RM12 juta? Kes ini merupakan rompakan emas yang terbesar dalam sejarah Malaysia oleh sekumpulan penjenayah yang dinamakan sebagai Geng Mamak. Tambah pelik lagi, tempat yang dirompak tu boleh dikatakan antara tempat paling selamat kat Malaysia, malah dorang tak pakai sebarang senjata pun!.

 

Korang tahu tak, 1 kilogram (32.15 oz)  emas dengan gred .9999 jumlahnya hampir mencecah RM200 ribu! Sumber dari silver-treasure.com

 

Jadi kali ni kami nak cerita kat tentang kes rompakan licik ala-ala Hollywood yang pernah terjadi dekat Malaysia. Jom!
Rompakan dibuat waktu Hari Kemerdekaan
Semuanya bermula pada 31 Ogos 1994 ketika rakyat Malaysia sedang meraikan Hari Hemerdekaan ke-37. Of course time tu PDRM tengah sibuk menguruskan keselamatan majlis sambutan yang berlangsung..

 

Tetapi, persiapan polis terganggu di sekitar jam 5 pagi bila dorang diberitahu kawasan kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang telah dirompak, di mana jongkong emas bernilai lebih daripada 12 juta ringgit telah hilang. Bila dapat je maktumat ni, polis terus bergegas ke tempat kejadian. Setibanya di sana, dorang mendapati tiga pengawal keselamatan telah rebah dan diikat kat satu sudut.

 

Bila polis soal siasat, pengawal-pengawal ni cakap bahawa polislah yang telah datang dan merompak. Terkejut dengan tuduhan ni, polis pun mintak rakaman CCTV daripada gudang berkenaan.

 

Sumber dari utusan.com.my

 

Dari rakaman CCTV memang kelihatan seseorang yang berpakaian seragam polis, tetapi boleh cam daripada cara pergerakan tangan dan badan yang menunjukkan dorang hanyalah penjenayah yang menyamar..

 

Dorang ni memang dah merancang rompakan dengan sangat teliti. Tarikh 31 Ogos dipilih kerana pada waktu tersebut, ramai kakitangan gudang ambil cuti sempena Hari Merdeka. Malah oleh kerana pada ketika itu takde penjenayah kat Malaysia ni yang berani dan mahir melakukan rompakan pada skala besar, pihak polis mulanya menyangka jenayah licik ini telah dilakukan oleh geng penjenayah antarbangsa.

 

Sumber dari kimt.com

 

Menyamar sebagai pihak berkuasa sebelum melakukan rompakan
Ketika pihak polis cuba mencari identiti perompak emas ini, berita dah tersebar kat dada-dada akhbar tempatan dan ramai rakyat Malaysia yang terkejut. Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, Dr Mahathir Mohammad pun telah mengkritik pengurusan keselamatan di Lapangan terbang tersebut dengan berkata:

 

“Saya mempersoalkan tahap tanggungjawab para pekerja dan sesiapa yang telah diberikan amanah ini mestilah bertanggungjawab di atas kecuaian dan kecurian yang berlaku. Kalau jongkong emas boleh hilang daripada lapangan terbang, tidak mustahil kapal terbang pun boleh hilang.”

 

Malu akibat kritikan yang diterima dari Perdana Menteri, pihak polis dengan segera telah menubuhkan satu unit khas untuk menjejak pencuri tersebut. Pasukan khas ini diketuai oleh anggota polis yang paling terkenal ketika itu iaitu Azizan Anan dan Amidon Anan atau lebih dikenali sebagai adik-beradik Anan..

 

Sumber dari malaysia-chronicle.com

 

Walaupun pasukan ini diangotai oleh pengawai polis yang terbaik, dorang masih menghadapi masalah untuk mencari bukti yang mencukupi dan mengenalpasti suspek. Hal ini kerana tumpuan dorang masa itu masih lagi terarah kepada sindiket antarabangsa yang dipercayai melakukan rompakan ini.

 

Oleh sebab tidak menjumpai apa-apa kaitan dengan mana-mana sindiket antarabangsa, dorang pun mengalihkan tumpuan kepada geng-geng yang dalam negara dengan mengkaji semula setiap kes rompakan yang pernah terjadi di Malaysia.

 

Bila dah kaji tu, dorang terkejut jugaklah sebab ade satu geng dekat Malaysia masa tu guna modus operandi yang sama dengan rompakan yang berlaku di Lapangan Terbang Subang, dimana perompak ni akan menyamar sebagai pihak berkuasa sebelum dorang melakukan rompakan.

 

Dari kiri, Azizan Anan dan Amidon Anan telah mengetuai pasukan khas bagi menyelesaikan kes ini. Sumbar dari pakatan.blogspot.my

 

Hasil daripada maklumat ini, rupa-rupanya rompakan ini telah di lakukan oleh salah satu geng yang ada kat Malaysia masa tu, Geng Mamak. Kenapa panggil Geng Mamak? Sebab semasa semasa polis menemubual mangsa-mangsa rompakan sebelum ini, dorang bagitahu yang rupa paras perompak ni macam mamak, itu je sebabnya..

Tak pernah menggunakan senjata api pun ketika merompak
Walaupun pihak polis dah tahu siapa yang lakukan rompakan tersebut, tapi bukan senang nak tangkap penjenayah yang licik ini. Dengan teliti, Amidon dan pasukanya mula mengumpulkan profil detail mengenai ahli-ahli geng mamak.

 

Rupa-rupanya, Geng Mamak ni telah dipimpin oleh lima beradik iaitu Mohamed Noor Abu Bakar, Roslan Abu Bakar, Sharif Abu Bakar, Yusuf Abu Bakar dan Amiruddin Abu Bakar . Dorang pada awalnya telah dibesarkan di Kuala Kangsar, Perak oleh ibu-bapa yang mempunyai darah campuran di antara Sri Lanka dan Malaysia.

 

Sumber dari article.wn.com

 

Walaupun ibu-bapa dorang ni peniaga, tetapi dorang ni agak berkira dengan anak-anak sampaikan pada satu tahap, adik beradik ini sanggup mencuri di sekitar kawasan kampung bagi memenuhi keinginan dorang.

 

Mungkin kerana tabiat buruk yang suka mencuri ketika zaman kanak-kanak lagi, dorang menjadi lebih berani apabila dewasa. Dari kecil-kecilan dengan memecah rumah dan kedai, dorang beralih pula kepada jenayah yang lebih besar dengan kemuncaknya merompak jongkong emas yang bernilai 12 juta dari gudang simpanan lapangan terbang..

 

Tetapi, yang liciknya, dorang kalau merompak tak pakai senjata api pun. Dorang hanya menyamar sebagai pihak berkuasa dengan menggunakan pakaian seragam angota Polis, JPJ ataupun Kastam.

 

Sumber dari photobucket.com

 

Untuk pengetahuan korang, kalau kesalahan membunuh, mengedar dadah ataupun rompakan dengan senjata api. Pesalah biasanya tidak dibenarkan untuk diikat jamin. Sebab tu jugaklah dorang ni tak pernah menggunakan senjata api kalau merompak kerana dorang tahu ianya akan memberi kelebihan kepada dorang sekiranya ditangkap.

Saksi utama hilang secara misteri ketika perbicaraan berlangsung
Kira-kira 3 ke 4 bulan jugaklah Geng Mamak ni tak berjaya dikesan oleh polis. Tetapi nasib tidaklah selalu menyebelahi dorang. Setelah lama memburu, akhirnya Amidon berjaya mengesan salah sorang ahli Geng Mamak ni dekat Klang..

 

Amidon yang dalam keadaan undercover masa itu mula mengejar kereta yang dipandu oleh penjenayah dengan menggunakan keretanya sendiri. Tetapi malangnya penjenayah pada masa itu pakai kereta sport, lagi laju dari kereta yang Amidon pakai. Bila Amidon mintak bantuan, penjenayah ni dah pun berjaya meloloskan diri. Yang kelakarnya, penjenayah ni sempat lambai tangan pada Amidon bila dorang tahu polis tak dapat nak kejar dorang.

 

Sumber dari adisarahberkisah.blogspot.my

 

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jugak. Begitulah nasib salah sorang ketua kumpulan geng mamak iaitu Rozlan apabila dia akhirnya berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa. Penangkapan Rozlan juga disusuli dengan tangkapan ke atas kira-kira 20 ahli Geng Mamak yang lain dan melumpuhkan operasi dorang..

 

Walaupun pihak polis berjaya menangkap hampir kesemua anggota Geng Mamak, tapi dorang masih bingung kat mana emas yang dirompak tu disembunyikan.

 

Kes Ini tetap dibawa ke Makahmah Seksyen Petaling Jaya walaupun mastermind kumpulan ini Syarif Abu Bakar masih lagi bebas dan gagal dikesan. Ketika pihak pendakwa raya menyediakan kes dorang, Geng Mamak membuat satu lagi percubaan untuk melepaskan diri dari tuduhan jenayah dengan mengupah salah seorang peguambela yang top kat Malaysia, Dato’ Kumarendran.

 

Ahli kumpulan Geng Mamak berjaya ditangkap hasil daripada penangkapan ketua dorang Rozlan Abu Bakar. Sumber dari Crime and Investigation Channel

 

Dato’ Kumarendran berjaya meyakinkan hakim dengan mendakwa pihak pendakwa mempunyai bukti yang lemah. Sebenarnya pihak berkuasa memang menghadapi masalah ketika perbicaraan apabila tiada kesan cap jari tertuduh pun yang dapat dikesan di tempat jenayah dan pekerja-pekerja gudang tu pulak tak dapat cam muka penjenayah-penjenayah ini.

 

Tetapi akhirnya salah sorang daripada ahli geng ni telah bersetuju untuk menceritakan segala jenayah yang telah dorang lakukan dan menjadikanya sebagai saksi utama dalam kes ini. Hal ini juga telah membawa kepada penangkapan mastermind kumpulan tersebut, Sharif Abu Bakar..

 

Jongkong emas yang bernilai 12 juta ringgit itu pula sampai sekarang polis tak dapat kesan. Menurut keterangan ketika perbicaraan berlangsung. Emas-emas ini sebenarnya telah di leburkan sebelum ianya di jual bagi menghilangkan kod keselamat yang ada pada setiap jongkong terbabit.

 

Yusof Abu Bakar didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret Ipoh di atas tujuh pertuduhan membabitkan pelbagai kes jenayah pada Disember 2014. Sumber dari Harian Metro

 

Sampai sekarang kes ini tak selesai dan jongkong emas gagal dikesan
Nak dijadikan cerita, ketika perbicaraan dorang sedang hangat berlangsung, Geng Mamak telah berjaya outsmart kan pendakwaraya di makhamah. Kali ini saksi utama yang bakal menentukan nasib penjenayah-penjenayah ini telah hilang secara misteri dan sampai ke hari ini jugalah dia tidak dapat dikesan.

 

Di sebabkan hal ini juga, pihak makhamah terpaksa membebaskan dorang apabila pihak pendakwa dan polis gagal membawa saksi baru ke mahkamah ketika perbicaraan berlangsung..

 

Namun begitu, kes ini masih lagi dibuka sehingga ke hari ini dan sekiranya saksi utama tadi muncul semula, atau polis menjumpai bukti-bukti baru, dorang akan mendakwa lima beradik ini di makahmah.

 

Keratan akhbar Harian Metro yang memaparkan kegiatan Geng Mamak yang masih aktif melakukan rompakan di Malaysia. Sumber dari Harian Metro

 

Sebenarya dorang tak insaf lagi walaupun baru dibebaskan. Dorang terus melakukan aktiviti jenayah sehingga memaksa pihak polis menggunakan Akta Ordinan Darurat yang membawa kepada penahanan tanpa bicara selama 2 tahun untuk menghentikan aktiviti jenayah dorang.

 

Kalau korang nak tahu, sudah 23 tahun kes ini berlaku, namun sehingga ke hari ini masih tiada sesiapa yang disabitkan bersalah di atas jenayah rompakan emas paling besar yang pernah terjadi di Malaysia.

 

Kini Geng Mamak masih aktif melakukan rompakan di Malaysia apabila anak kepada Yusuf Abu Bakar, Khairul Affendi pula dipercayai menjadi ketua geng kumpulan ini. Sama seperti dulu, modus operandi geng mamak pada zaman kini masih terus menggunakan uniform pihak berkuasa untuk melakukan rompakan..

 

Dorang juga pernah melakukan rompakan terbesar dalam sejarah Malaysia apabila merompak Microchip yang bernilai 50 juta ringgit dari kawasan Kompleks Kargo Utara kedua, di Batu Maung Pulau Pinang pada November 2016.

 

Empat orang penjenayah dari Geng Mamak ditembak mati sepasukan anggota Cawangan Jenayah Berat (D9) Polis Selangor berhampiran Stesen Shell Batu 3 Shah Alam pada September 2008. Sumber dari syahrilkadir.com

 

Kisah ini pun pernah diterbitkan oleh Crime and Investigation Channel pada tahun 2012. Kalau korang nak lagi jelas tentang cerita ini, bolehlah tengok video kat bawah ni:

 

Sumber

Sumber : soscili & Youtube..

 

Misteri Wanita Dukung Anak Di Camp Batu 5, Mentakab Pahang


Perkara ini berlaku kira kira pada tahun 1984 yang lalu. Suami saya merupakan seorang pegawai tentera yang ditugaskan di Kem Batalion 2 Melayu DiRaja Malaysia. Ketika itu, saya dan suami duduk di sebuah Kem di Batu Lima, Mentakab Pahang. Kalau tak silap saya kem itu masih lagi wujud namun Batalion 2 Melayu DiRaja telah pun dibubarkan.

 

 

Pada waktu itu, komunis masih lagi bertapak di Malaysia. Maka selalunya anggota Batalion 2 Melayu ini akan ditugaskan untuk menjaga kawasan Hutan Lanchang, kawasan Mancis dan juga sekitar kawasan Bukit Mas, Pahang serta banyak lagi tempat yang lain. Para anggota perlu membuat rondaan memandangkan saki-baki komunis ada di kawasan tersebut.

 

Namun kali ni suami saya tidak terlibat dengan operasi membanteras saki-baki komunis yang berada di sekitar hutan di negeri Pahang. Suami saya berada di barisan belakang dengan seorang pegawai doktor, tugas mereka adalah untuk menjaga kem, kebajikan isteri dan anak-anak anggota yang ditinggalkan suami kerana terlibat dalam operasi membanteras saki-baki komunis. Sebenarnya kami hidup dalam ketakutan kerana komunis ada di kawasan berdekatan tetapi anggota kami sentiasa siap-sedia sebilang masa.

 

Rumah pegawai dan rumah anggota lain-lain pangkat diasingkan. Disebabkan suami saya seorang pegawai tentera berpangkat Leftenan Muda pada waktu itu, kami ditempatkan di sebuah rumah jenis banglo. Manakala anggota lain-lain pangkat pula ditempatkan di rumah flat dan ada yang duduk di rumah kayu kita panggil rumah hijau atau rumah papan. Rumah itu adalah peninggalan tentera British dahulu.

 

 

Suami saya tidak boleh meninggalkan kem begitu juga dengan pegawai doktor yang berpangkat Mejar itu tadi. Dipendekkan cerita, si doktor ini baru saja berkahwin, isterinya pula masih belajar di sebuah universiti yang terletak di Kuala Lumpur. Mereka hidup secara berasingan. Jadi dia terpaksa menjemput isterinya menumpang di rumah saya, sewaktu itu saya sedang mengandung 2 bulan, doktor menginap di rumah saya ketika itu.

 

Pada awalnya dia merancang mahu menumpang selama seminggu tetapi tak jadi kerana pada keesokan harinya, isteri doktor mahu balik ke Kuala Lumpur sebab ketakutan. Sebab kenapa beliau ketakutan, saya akan ceritakan di sini. Pada satu malam, kebetulan pula malam itu adalah hari Khamis malam Jumaat. Kami berempat sedang makan malam, saya, suami, doktor dan isteri doktor. Selepas makan kami bersantai sambil menonton televisyen.

 

Tiba-tiba datang sebuah Landrover tentera di hadapan rumah, saya membuka tingkap nak tengok siapa yang datang. Rumah saya ini jenis banyak tingkap, bayangkan saja rumah banglo peninggalan tentera British. Rumah kami berjauhan antara satu rumah dengan rumah yang lain dalam lebih kurang 100 meter ke 300 meter. Bukan itu sahaja, rumah saya juga terasing dengan rumah orang lain kerana di belakang rumah saya terdapat anak sungai kecil yang memisahkan rumah kami dengan gudang peluru.

 

Berbalik kepada cerita tadi, saya mendengar suara anggota memberi salam dan saya menjawab salam tersebut. Kemudian seorang anggota berpangkat sarjan bertanya, “Assamualaikum puan, ini rumah Tuan A ke?”. Saya jawab ya. Suami saya kemudiannya menghampiri tingkap dan bercakap sendiri dengan sarjan berkenaan. Anggota itu berkata, “Tuan kami difahamkan bahawa Doktor K, ada kat rumah tuan”. Suami saya mengiakan pertanyaan tersebut.

 

Mendengar namanya disebut, doktor menghampiri suami saya di tingkap dan terus bertanya, “Ada apa hal sarjan?”. Sarjan itu menjawab, “Saya baru saja meronda kawasan dan kami berdua terjumpa seorang isteri anggota bersama anak kecil”. Doktor tanya, “Pimpin atau dukung?”. Jawab sarjan, “Dukung. Kami tanya nak ke mana, dia kata nak datang ke sini ke rumah Tuan A”.

 

 

Saya, suami dan isteri doktor memandang antara satu sama lain. Doktor berkata lagi, “Jadi dia bukan cari saya la ye?”. Sarjan menjawab, “Saya ada tanya dia doktor, dia kata dia nak jumpa doktor. Dia kata dia tahu doktor ada kat rumah Tuan A”. Doktor memberi arahan kepada sarjan dan pemandu untuk pergi ambil perempuan tadi dan bawa ke resat (klinik), nanti dia akan menyusul kemudian.

 

Jadi anggota tadi pergi semula ke tempat yang dia bertemu dengan perempuan tadi. Iaitu di pondok menunggu bas. Tidak berapa lama kemudian, sarjan tadi menelefon rumah saya untuk bercakap dengan doktor, suami saya jawab doktor sudah bergerak ke klinik. Suami saya sempat bertanya pada sarjan tadi tentang perempuan bersama anak kecil itu tapi sarjan jawab dia tak tahu perempuan itu sudah pergi ke mana.

 

Dia ada cari juga di sekitar kawasan pondok menunggu bas namun tidak jumpa. Hairan dia macam-mana perempuan boleh berjalan cepat sangat sambil bawa anak kecil, waktu malam pula tu. Kalau dia jalan dah tentu kita di sini nampak, sarjan beritahu pada suami takkan dia jalan ikut hutan kerana ini satu-satunya jalan yang ada.

 

Sebenarnya saya dah pernah mendengar cerita tentang perempuan kendong anak sedang menunggu di pondok bas dan berjalan pada waktu malam. Selalu anggota yang bertugas malam terserempak dengan perempuan berkenaan. Tetapi saya takut nak beritahu pada suami dan isteri doktor ketika itu, sebabnya malam itu ialah malam jumaat tambahan pula saya sedang mengandung masuk 2 bulan anak pertama.

 

Sebenarnya suami saya pun tahu tentang cerita itu tetapi dia sengaja buat macam biasa sebab rumah kami ada tetamu. Tidak berapa lama selepas itu, kami mendengar bunyi kereta doktor masuk ke kawasan laman rumah, dia masuk saja ke rumah terus kami bertanya, “Macam-mana doktor, ada ke perempuan yang sarjan bagitau tadi?”. Doktor berkata, “Tak ada, tapi tak apa dah pesan kat budak-budak tadi tu kalau ada terus telefon saya”.

 

Selepas itu, suami saya pun membuka cerita tentang perempuan kendong anak berkenaan. Alangkah terperanjatnya doktor apabila mendengar cerita itu. Doktor terus bertanya suami saya, “Memang betul ke ada benda itu kat sini?”. Suami saya menjawab, “Aku pun tidak tahu sebenarnya betul ke tidak tapi aku ada dengar. Bukan sorang je yang bercerita pasal itu. Tapi yang aku peliknya, macam mana dia tahu kau ada kat sini?”.

 

“Itulah yang aku fikirkan dari tadi sebab isteri aku tengah mengandung tu,” kata doktor. Sekarang, saya dah rasa seram sangat kerana isteri doktor rupa-rupanya baru sahaja mengandung. Usia kandungannya baru masuk sebulan. Kami kemudiannya membuat keputusan batalkan menonton filem di televisyen yang kami sedang tengok. Masing-masing masuk ke dalam bilik untuk tidur. Sedang kami tidur, kira-kira dalam anggaran pukul 2 lebih pagi rumah saya mula diganggu.

 

Mula-mula bunyi telefon berdering, suami saya bangun pergi ke ruang tamu untuk angkat telefon. Namun selepas telefon itu diangkat, tidak ada suara yang menjawab. Selepas itu, suami saya meletak telefon dan masuk ke bilik semula. Tidak lama kemudian, telefon itu berdering lagi tapi kali ini doktor pula yang angkat telefon. Seperti tadi juga, tidak ada orang pun yang bersuara di sebalik panggilan telefon itu.

 

Saya berbisik kepada suami, “Agaknya benda itu?”. Tetapi suami saya cuba menafikan, katanya dah nak masuk waktu subuh ni mana ada. Tak berapa lama selepas itu, ada yng mengetuk pintu rumah saya. Pintu rumah saya jenis besar ada cermin dan berbingkai kayu. Jadi kami terpaksa gantung langsir supaya tidak nampak orang di bahagian luar pintu rumah. Suami saya bangun lalu dia mengendap dari daun pintu bilik kami. Dia curi-curi tengok di sebalik kain langsir pintu. Suami saya kata dia nampak seorang perempuan bertudung kain batik di kepala, tetapi tak nampak mukanya sebab perempuan itu menghadapkan mukanya ke tempat rak kasut.

 

Suami saya kata memang confirm benda itu. Mungkin kerana tidak ada yang membuka pintu, tidak berapa lama selepas itu, mahkluk itu seolah-olah marah. Rumah kami yang dikelilingi dengan pokok mangga tiba-tiba macam ada angin kencang. Tingkap merata-rata macam ada orang ketuk. Tingkap rumah kami diketuk kuat dari satu tingkap ke satu tingkap. Rumah saya dahlah banyak tingkap, semua tingkap kaca bingkai kayu jenis lama. Kami yang berada di dalam rumah ketakutan dan masing-masing hanya diam membisu.

 

Yang paling takut, kami dengar di mana-mana, kami sendiri tidak pasti sama ada di depan rumah atau di belakang rumah atau mungkin di atas pokok ada suara perempuan menjerit menangis-nangis, diselang-seli dengan suara bayi yang menangis dengan kuat. Kami berempat terus mendiamkan diri sambil berdoa dan membaca apa-apa ayat yang kami ingat sampailah hilang bunyi itu.

 

Pada keesokan paginya, kami membuka pintu rumah dengan tujuan nak tengok apa yang dah jadi kat luar sebab malam tadi kami dengar dengan jelas pokok yang bergoncang kuat akibat angin yang kencang. Kami juga turut mendengar penutup tong sampah melayang-layang, tapi rupa-rupanya tidak ada apa-apa pun yang berlaku di luar rumah. Selepas itu, rumah kami didatangi oleh dua orang anggota pengawal gudang senjata dan menceritakan bahawa mereka berdua diganggu di dalam gudang tersebut. Sudahnya, mereka berdua terpaksa keluar duduk jauh dari gudang senjata.

 

Suami saya bertanya, “Kamu berlindung di mana?”. Anggota tersebut menjawab, “Kami berdua duduk di dalam sungai kecil di belakang rumah tuan”. Kemudian suami saya pergi melawat gudang menyimpan senjata tersebut kerana dikhuatiri ada yang hilang atau rosak. Kesudahan ceritanya, isteri doktor pulang ke Kuala Lumpur manakala saya pula balik ke Melaka dengan menaiki sebuah bas express , kerana terdapat seorang ustaz yang menasihat suami saya supaya saya di hantar ke kampung untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

 

Suami saya pun tidak duduk di rumah banglo itu lagi. Dia berpindah ke barrack bujang. Kami mendapat maklumat dari anggota awam yang dah lama bertugas di situ, kata mereka ada kejadian berdarah pernah berlaku di situ. Di mana seorang isteri anggota tentera sudah mengandung, sedangkan waktu itu suami dia tidak ada di Malaysia kerana bertugas di Kongo, Africa. Ketika suaminya bertugas di luar negara, si isteri ini berselingkuh dengan orang putih yang bertugas di situ. Perkara ini berlaku selepas kemerdekaan Malaysia.

 

 

Kerana perselingkuhan dengan orang putih itu, dia mengandung tanpa suami di sisi. Akibatnya wanita itu tertekan dan merasa malu dengan masyarakat sekeliling lalu menyebabkannya mengambil jalan singkat dengan membunuh diri bersama dengan anak di dalam kandungannya di tepi jambatan berdekatan pondok bas. Di pondok bas itulah selalu orang ternampak kelibat seorang wanita yang mendukung anak kecilnya.

 

Cerita yang saya alami itu benar-benar berlaku tetapi kisah tentang wanita mengandung yang membunuh diri itu tidak dapat dipastikan kesahihannya. Sama-samalah kita ambil iktibar dan pengajaran dari kisah tersebut agar kita tidak melakukan perbuatan dosa yang akhirnya akan merugikan diri sendiri.

 

‘Saya enggan solat sehingga kami bercerai’ – Wanita Tuntut Cerai Tidak Tahan Suami Tunjal Kepala Kejut Solat

 

Walaupun sebuah pasangan itu sudah mendirikan rumah tangga berbelas tahun lamanya dan mempunyai anak ramai, ia tidak menjamin kebahagiaan akan dicapai sehingga ke akhir hayat. Sebab itulah pentingnya bagi mana-mana pasangan untuk saling bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain.

Hal ini kerana apabila kita tidak sependapat, pelbagai masalah akan berlaku hingga menyebabkan runtuhnya sebuah perkahwinan seperti apa yang berlaku kepada wanita ini.

 

Menerusi laman Facebook, Asiah Abd Jalil, wanita yang dikenali dengan fahaman liberal dan kenyataan kontroversinya mengenai poligami memaklumkan bahawa dia telah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya, Mohd Hatta Saadon.

 

 

Tujuan tuntutan cerai itu dibuat dengan tiga alasan iaitu tiada lagi persefahaman (syoqaq berpanjangan), perbezaan pendirian politik (suami Asiah cenderung kepada parti PAS) dan suaminya menuduh Asiah telah murtad. Aduhai!

 

 

Malah melalui posting yang berlainan, Asiah juga meluahkan rasa kekecewaannya akan sikap Mohd Hatta yang dikatakan agak biadap dalam memaksanya yang sedang hamil untuk bangun menunaikan Solat Subuh.

“Encik suami tunjal-tunjal kepala dan badan saya untuk kejut solat Subuh. Continuously for 30 minutes. Seriously sakit dan annoying.

 

“Saya cakap, saya menyampah dia buat macam tu. Saya enggan solat sehinggalah kami bercerai. Lepas sah bercerai nanti, saya akan qadha semua solat saya.

“Encik suami kata, saya tak suka dia tunjal-tunjal saya sebab syaitan dalam badan saya yang rasa sakit.

 

“Akhirnya saya bangun dan tunjal kepala encik suami dua kali. Encik suami tersentak dan bagi tahu dia tak suka perbuatan saya. Maka terbuktilah lelaki soleh yang jaga solat pun tak suka bila kepala ditunjal,” tulis Asiah di status Facebook.

Qada’ solat lepas bercerai?? Err… apa-apapun tak elok tunjal-tunjal kepala isteri. Cuba berlembut sedikit…

 

 

Walau bagaimanapun dakwaan Asiah disangkal suaminya yang mengaku dia telah difitnah oleh isterinya sendiri. Eh yang mana satu betul ni?

 

 

Isu ini juga telah mendapat pelbagai komen dari netizen yang rata-rata menyokong tindakan Asiah menuntut cerai kerana tidak bersetuju dengan cara suaminya yang mendidik isteri dengan kasar. Malah ada pula di antara netizen yang mahu Hatta terus bertabah atas apa yang menimpa.

 

 

Harapnya Asiah selesaikanlah isu ini baik-baik dengan suami. Tengah mengandung dan anak pun sudah lapan orang. Tak elok bercerai-berai. Bertepuk tanganlah syaitan nanti!

 

sumber:kosmo

Disebabkan Terlalu Cantik, Gadis Ini ‘Dikurung’ Ibu Bapa Tak Keluar Rumah Selama 26 Tahun!!

 

DEK kerana kecantikan luar biasa yang dimiliki anak gadisnya, sepasang ibu bapa di Rusia bersikap protective hingga sanggup ‘mengurungnya’ selama 26 tahun daripada menikmati dunia luar.

 

rusia-2

 

Ini kerana mereka mendakwa konon berasa gusar perkara buruk akan menimpa anak perempuannya yang berusia 26 tahun itu, menurut laporan sebuah laman media antarabangsa.

 

 

Mangsa dikenali sebagai Angelica Kenova, tidak pernah keluar dari rumahnya melainkan ditemani beberapa pengawal peribadi dan pengiring sekiranya keluar bertemu janji (dating).

 

 

Ibu bapa Kenova sangat melindunginya kerana kecantikan yang dimiliki gadis itu dan jika diamati betul-betul, gadis itu saling tidak tumpah seperti watak kartun atau patung kegemaran kanak-kanak perempuan iaitu Barbie.

 

 

Kenova memberitahu rupa paras dan sosok tubuh yang dimilikinya itu asli dan bukannya hasil daripada mana-mana pembedahan plastik.

 

 

“Pembedahan plastik hanya perlu jika seseorang itu mengalami kecacatan yang serius pada wajah dan badan mereka sahaja,” ujarnya.

 

 

Tambah Kenova lagi, kedua-dua orang tuanya membesarkannya tidak ubah seperti seorang puteri dan mengawal setiap pergerakannya sehinggakan dia tidak merasai nikmat yang dirasai gadis seusianya.

Hal itu menjadikan Kenova berasa sedih dan hidupnya ibarat sebuah patung perhiasan di dalam cermin pameran.

 

 

Walau bagaimanapun, ketika usia menginjak 26 tahun, Kenova berharap dia dapat keluar dari rumahnya dan hidup berdikari tanpa dikelilingi pengawal atau pengiring.

“Ibu bapa saya telah mengurung saya di sebuah ‘istana kaca’ sepanjang hidup saya tetapi satu hari mudah-mudahan, saya akan dapat membebaskan diri dan hidup berdikari,” luahnya.

Ini beberapa foto gadis ini:

 

rusia-3

 

 

 

 

Terlalu Cantik, Gadis 'Dikurung' Ibu Bapa 26 Tahun