Blog

Ayah Meninggal Abang Buat Tak Tau Je Sampai Mak Bagitau Yg Selama Ni Abang Telah…

Image result for Ayah Meninggal... Abang Buat Dek JeGambar sekadar hiasan semata-mata

Nama aku Farah. Keluarga ku panggil aku fara. Aku mempunyai seorang abang dan kakak.

Kakak aku sulung, dan abang aku anak kedua. Dan semestinya aku yang bongsu. Ayah aku seorang pensyarah. Dan mama aku suri rumah. Ayah aku seorang yang penyayang. Sayang dia lagi lebih dari mama aku. Risau dia lagi lebih dari mama aku.

Aku masih belajar. Yeah. Aku seorang student iium. Apa yang aku hendak ceritakan disini adalah berkaitan dengan abang aku. Nama dia kita panggil sahaja angah. Angah seorang yang independent. Dari kecil sampai sekarang. Hidup dia tidak pernah menyusahkan orang lain. Tetapi yang menjadi masalah, dia suka menyendiri.

 

Image result for Ayah Meninggal... Abang Buat Dek Je

 

Antara kami adik beradik, hanya angah yang tinggal di asrama. Jauh pula tu. Angah jenis suka duk jauh. Kadang kadang aku terfikir, tidak ada kerinduan ke di dalam hati dia. Rindu keluarga. Rindu mama ayah ,rindu rumah. Hati angah kadang kadang amat keras. Dia pemarah. Dia juga suka memberontak. Apa yang tidak kena, dia akan cakap. Apa dia tidak suke, dia akan cakap dan lari darinya. Dia juga pernah cakap kepada aku, prinsip dia, suka duk jauh. Ah aku pening fikirkan prinsip hidup dia.

Aku tak suka angah. Dia jarang berbual dengan aku. Sehinggalah sekarang die sudah berkerjaya, dia amat jarang berbual dengan aku. Kalau whatsapp, ada la sebulan sekali. Call jangan harap. Aku yang kena call dahulu. Berbeza dengan along (kakak sulong). Dia seorang yang peyayang. Mewarisi lemah lembut mama ku. Aku selalu bersama along berbanding angah. Bagi aku, angah seorang yang tidak ada kasih sayang dalam diri dia. (jahat nya aku)

 

 

Kisah nya bermula november yang lepas. Masa itu, ayah dan mama berada di kampung. Melawat saudara di sana. Dan ayah ambil cuti seminggu untuk ke sana. Ayah dan mama bermalam di rumah arwah atuk aku.

Pagi subuh, hari jumaat. Mama telefon aku. Aku baru selesai dari solat. Suara mama tenang. Tetapi aku dapat rasa kelainan. Mama tanya khabar aku, buat apa. Dan ayat terakhir mama cakap , membuatkan aku rasa lemah.

Ayah dah tiada. Nanti angah ambik adik,balik sini. Mama da bagi tahu angah

 

Aku senyap. Bisu. Seakan mengerti, mama hanya memberi salam dan suruh aku bertenang. Dan menamatkan perbualan telefon.

Aku masih kaku. Air mata deras mengalir. Terasa bagai mimpi. Baru semalam bercakap dengan ayah.

Aku bersiap. Mandi. Kemas pakaian dan menanti panggilan along dan angah. Aku bongsu kan . Along menelefon aku, sambil menangis. Along dari JB. Dia sambung berkerja di sana. Kami bercakap hanya sekejap, kerna kebetulan angah menelefon aku.

 

Angah: ada mana? Angah kat wangsa maju da ni. Da tahu kan? Cepat siap.

Ringkas angah cakap. Aku cuma iyakan sahaja. Tidak ade riak sedih di suara angah. Ah angah, memang gitu. Bukan ade taman pun dalam hati dia. Hati aku memarahi angah.

Selang 15min, angah sampai. Sambil membebel pak gad tanya macam macam kat dia. Aku hanya diamkan. Tidak kuasa nak menambah,atau menenangkan hatinya.

 

Angah meluncur laju keretanya. Mentang mentang kereta baru. Oh ya, angah kerja as engineer. Aku tak sure kerja apa. Tetapi mama pernah cakap, angah dapat kerja yang bagus dan gaji yang tinggi untuk usia muda dia. Aku pernah bertanya. Tetapi angah tidak menjawab. Dan aku malas nak bertanya banyak kali,sebab angah tidak suka orang tanya banyak kali. Macam keje FBI, rahsia.

 

Related image

 

Masa angah memandu, aku tengok wajah dia. Biasa. Mata tidak merah seperti aku. Pipi dia bukan seperti aku, basah dengan air mata. Aku rasa along pun macam aku. Dalam hati aku tertanya, tidak sedih ke angah. Tetapi persoalan itu ku biarkan.

Angah memandu ke arah selatan. Aku cuba bertanya angah mengapa ke sana, kita kan nak ke kelantan. Angah cakap balik naik flight. Cepat sket.

la dah kalu naik flight, nama tak cakap awal2, elok adik pergi je klia, jumpe angah di sana

 

orang da ambik ni, senyap sudah labalas angah.

Aku diam. Aku tahu angah macam mana. Dia abang aku. Aku malas nak panjangkan kisah sukarelawan dia mengambil aku dari semenyih ke gombak dan ke klia. Biar. Biar.

Aku sampai di kampung selepas zohor. Sebelum naik flight, mama ada telefon aku. Mama cakap, jenazah akan di semadikan lepas asar. Sampai di airport kb, pak cik aku dah ada menunggu di sana. Aku diam sahaja. Dia banyak berbual dengan angah dari airport sampai ke rumah. Oh ya. Kampung aku di pasir mas.

 

Sampai je disana, along belum tiba. Along drive dari jb ke kuala lumpur. Dan akan naik flight dari sana. Mama sudah bagitahu along, kalu tak sempat tak apa. Along pun sudah redha bila mama cakap macam tu.

Keluar je dari kereta. Mama menyambut ku. Masing masing kaku. Aku menatap mama. Mama lihat ke dalam mata aku. Diam. Sunyi. Lama berkeadaan begitu. Mata ku mula berair. Tiba tiba hatiku kembali sayu. Aku memeluk erat mama aku. Tangisan aku berderai. Aku peluk mama. Aku sayang mama. Lama aku peluk mama. Lepas tu mama leraikan pelukan aku. Mama pergi ke angah. Angah tengah buka bonet belakang kereta. Nak mengangkat beg. Mama tanya khabar angah. Mama tidak tanya pun keadaan aku.

 

angah okay ke? Tak pe ke tinggal kerja ni

okay je ma..tak pe, bos da bagi cuti balas angah. Senyuman terukir di bibirnya. Senyum kelat.

Selepas mendengar jawapan angah dan senyuman angah. Mama menangis dan memeluk angah. Tangisan mama lagi berderai daripada memeluk aku. Angah terkejut. Memang angah jarang memeluk mama. Jarang atau memang tidak terus. Angah membalas pelukan mama. Angah dia. Angah pejam mata. Seperti mengimbau sesuatu. Lama mereka begitu. Aku hairan. Mengapa mama lebih lebih. Angah tu dah la mcm xde perasaan je.

 

Mama meleraikan pelukannya. Dia menepuk dada angah. angah kena kuat,kata mama. Mama datang ke arah aku, mengesat air mata. Mata mama merah. Tak pernah aku tengok mama menangis macam tu. Aku tertanya, kenapa dengan angah macam tu.

Aku bertanya keadaan mama, okay ke? Mama dia. Mama cuma membalas dengan bertanyakan keadaan angah sepanjang perjalanan dari kl ke sini.

angah okay je. Mcm xde pape berlaku pom aku menjawab dengan nada sedikit mendatar. Geram dengan angah.

angah memang macam tu. Adik tak tahu angah macam mana. Mama tahu jawab mama.

 

Aku diam. Cuba mencerna ayat mama. Aku adik dia. Aku tahu juga angah macam mana. Aku diam. Malas dan bersoal jawab pada waktu ini.

Aku,angah dan mama masuk ke dalam rumah. Selesai angah letak beg. Angah terus ke sisi ayah. Angah tengok ayah yang da berbungkuskan kain. Angah diam. Aku nampak mulut dia terkumat kamit. Aku duduk bersila di tepi angah. Rupanya angah membacakan surah yasin. Di situ aku kagum dengan angah. Angah seorang yang baik sebenarnya. Dia memang menghafal beberapa surah panjang. Termasuk la al baqarah. Antara aku,along dan angah. Angah la paling alim actually. (alim skit la. Bukan tahap lebai pakai serban. Hehe)

 

Akhirnya semua selesai. Along sampai maghrib. Tidak sempat melihat ayah buat kali terakhir. Malam itu, rumah sunyi. Semua macam tiada modal untuk dibicarakan. Cuma angah je. Asyik dari tadi ketawa dengan pak cik pak cik surau di luar rumah. Aku pun tak tahu sampai bila dia bersembang di luar. Yang pasti aku tidur awal.

Keesokkan pagi. Aku terjaga lewat dari tidur. Aku bergegas ke tandas untuk ambil wuduk dan solat subuh. Sampai aku di pintu tandas, aku terdengar esak tangisan seorang. Aku mendiamkan diri. Cuba mendengar. Takut hantu. Pintu tidak tertutup rapat. Aku lihat angah di dalam. Angah menghadap cermin. Dia tengah gosok gigi. Mulut nye masih berbuih dengan ubat gigi. Aku lihat mata angah merah. Berair. Pipi dia basah.lama aku melihat angah sebegitu. Aku tertanya tanye. Mengapa. Sakit gigi ke. Lalu aku mengetuk dan bertanya , angah okay ke?

 

Laju laju angah berkumur dan basuh mukanya. Selamber dia keluar. Okay je. Muka tersengih2. Aku sepak jugak budak ni.hehe. Aku terus masuk dan ambil wuduk. Solat dan turun ke dapur untuk minum. Ternampak angah di situ.aku duduk sekali. Angah minum air kosong je. Dan aku rajinkan diri buat air milo panas untuk angah. Aku hulurkan kepada angah. Angah tersenyum. Aku rapatkan kerusi di sebelah angah. aku memeluk angah dan melentokan muka ku di bahu angah. angah diam. Tiada respon.

abah da tak de,ngah

angah diam. Tanpa sedar tangan die mengusap ubun kepala ku.

 

boleh adik tanya angah satu benda,tapi janji jangan marah

hurmmmm..tanyalah angah menjawab. Suara mendatar. Serak. Suara dalam.

angah okay?nape td (merujuk kisah tengah gosok gigi)

hmmmmmmm

Dulu, masa mula mula angah masuk asrama. Mama ada cerita. Ayah rindukan angah. tak ada dah orang yang akan gosok gigi bunyi kuat pagi pagi hari. Tadi masa angah tengah nak bersiap ,nak mandi. Tengah gosok gigi. Tiba tiba teringat ayah. Pelik kn?gosok gigi je pon balas angah. di hujung nya, dia selitkan sebuah tawa. Aku tahu itu hanyalah untuk hiburkan aku.

 

Aku terdiam. Aku menangis. Tiba tiba teringat arwah ayah.

angah rindu ayah

rindu ringkas. Dan angah bangun berlalu pergi. Ada nada sedih di suaranya.

Aku menangis di meja. Kebetulan mama datang. Mama nak siapkan sarapan untuk kami. Mama mengusap aku. Bertanya kenapa, lalu aku ceritakan kisah tadi ke mama.

Mama tarik kerusi perlahan lahan. Mama duduk di sebelah aku.

 

angah dengan ayah, rapat. Angah anak ayah, adik along anak mama. Angah selalu dengan ayah. Sebab itu masa angah mula mula masuk asrama. Ayah rindu angah. sampaikan bunyi gosok gigi pun ayah rindu. Dulu ayah yang hantarkan angah ke sekolah. Pagi pagi sudah riuh. Angah selalu bangun lambat. Malam riuh juga, angah selalu malas belajar. Tetapi malas malas angah, dia lah paling geliga antara kamu bertiga

angah memang bijak. Gaya belajar macam budak nak gagal semua mata pelajaran, tetapi tengok result. Huh jeles aku.

 

adik tahu napa mama sedih sangat semalam semasa bercakap dengan angah masa adik angah baru sampai?

aku mengeleng ngeleng kepala

sebab mama tahu angah macam mana. Di luar dia buat macam tak ada ape berlaku. Dalam hati dia. Dia menangis

aku terdiam.

 

Image result for Ayah Meninggal... Abang Buat Dek Je

 

adik lain. Bila mama tengok adik. Mama tahu adik sedih. Adik dah luahkan segala galanya. Kesedihan adik, adik da luahkan. Tetapi bila mama tengok angah. mama sedih. Sebab mama tahu angah simpan sedih dia seorang diri. Dia tidak mahu mama sedih. Angah,keras dia, marah dia, tapi dia sayang adik. Dia sayang along

dia simpan sorang. Angah dengan ayah, rapat. Angah anak ayah.

tanpa sedar, aku akui semua itu. Angah memang camtu. Dia diam. Dia banyak membebel kalau ayah suruh ambik aku hantar ke sana,hantar ke sini. Tetapi dia buat juga. Kalau aku cakap aku lapar, walau bergurau. Akan ada sampai domino di bilik aku. Kalau aku cakap xde kredit topup. Angah masukan je ke no aku tanpa beritahu aku.

 

Mama cakap lagi

angah tu, dia jarang telefon mama. Adik ngan along je yang selalu telefon mama ayah. Tapi sekali angah telefon, dia akan cakap sejam dua jam dengan mama. Dia selalu tanya pasal adik dengan mama. Pelajaran adik, berat badan adik..

Aku memeluk mama. Hanya mendengar luahan mama itulah Hati lelaki kata mama. Farah via IIUM.

Sumber: IIUMC.com

Gadis Ini Berhenti Di RNR Untuk Tidur Sekejap Tetapi ‘Terbangun’ Dari Tidur Itu Selepas 3 Bulan !!!

Gadis Ini Berhenti Di RNR Untuk Tidur Sekejap Tetapi ‘Terbangun’ Dari Tidur Itu Selepas 3 Bulan !!! | PENDANG: Detik hitam apabila pengsan di dalam kereta dan akhirnya koma selama 3 bulan yang bermula pada pertengahan 2014 nyata mengubah kehidupan seorang gadis berusia 24 tahun.

Ummu Diyana Ibrahim menganggap dirinya seperti “mati hidup semula” yang kini mampu menyambung pelajaran di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok.

Pelajar itu mengakui apa yang berlaku benar-benar menguji kekuatan mental dan fizikalnya dan peluang kedua yang diberikan Allah itu akan dimanfaatkan demi diri, keluarga dan masa depannya.

Katanya, menceritakan peristiwa hitam itu, ia bermula ketika beliau dalam perjalanan pulang ke kampungnya di sini dari Behrang, Perak.

“Dalam perjalanan, saya rasa macam nak muntah, tak sedap badan. Jadi, ambil keputusan untuk berhenti berehat sekejap di Rawat dan Rehat (RNR) Bukit Gantang.

“Benda yang terakhir saya ingat, saya biarkan enjin dan penghawa dingin terbuka kerana mahu terlelap sekejap,” katanya.

Bekas pelajar Politeknik Behrang itu langsung tidak menyangka hanya akan “terbangun” semula selepas lebih 3 bulan.

Pada saat itu juga, bermulalah perjuangannya untuk kembali sedar sepanjang terlantar di Hospital Taiping sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar selepas disahkan mengalami kelemasan karbon monoksida.

“Sepanjang koma, saya memang dengar dan nampak apa saja yang berlaku. Cuma saya tidak dapat memberi respons. Seluruh tubuh saya terkunci,” kata anak bongsu 6 beradik itu.

Doktor kemudiannya mengambil keputusan mahu melakukan intubasi di lehernya namun pihak keluarga meminta menangguhkan prosedur tersebut kerana memikirkan implikasi yang bakal dihadapi pelajar itu.

Pantang maut sebelum ajal, Ummu Diyana hanya kembali sedar pada hari terakhir tarikh penangguhan yang diberikan doktor.

“Sehingga hari terakhir yang diberikan doktor, saya masih belum memberi respons yang sepatutnya. Ibu bapa saya tidak berputus asa dengan tidak henti-henti bercakap dengan saya, minta saya kelipkan mata, menangis atau menggenggam tangan mereka kalau saya sedar.

“Entah macam mana, saya kuatkan semangat dan lawan `kunci’ yang mengikat diri saya dan akhirnya saya kembali sedar,” katanya.

Ummu Diyana berkata doktor memang terkejut memandangkan selama tempoh dirinya koma, pakar perubatan tidak meletakkan harapan usia dirinya akan panjang terutama selepas melakukan proses imbasan.

“Apa tidaknya, ketika saya dijumpai sewaktu pengsan, kadar oksigen dalam tubuh saya hanya 20%. Doktor sendiri mengatakan kes saya sangat ajaib kerana tiada kerosakan kekal pada otak kecuali keadaan saraf saya sedikit terjejas terutama di bahagian kaki. Suara saya juga hilang buat seketika,” katanya.

Katanya, sehingga kini doktor tidak dapat mengenal pasti punca sebenar apa yang berlaku kepada saraf kakinya dan ada yang berpendapat terdapat saraf yang gagal berhubung dengan otak.

“Jadi, ia memerlukan masa untuk rangsangan saraf itu kembali normal. Mungkin sebulan, mungkin setahun, mungkin lebih,” katanya.

Biarpun sekarang terpaksa bertongkat dan sesekali dilanda kesakitan, ia tidak menghalang Ummu Diyana menjalani kehidupan normal sebagai pelajar tahun pertama di UUM dalam bidang keusahawanan bersama 515 pelajar yang lain bermula pada 6 Februari lepas.

Malah, beliau mengakui tidak mengalami trauma untuk kembali memandu kereta dan menjelaskan, sudah pun kembali memandu tanpa masalah selepas disahkan sihat oleh doktor.

“Pengalaman mati hidup semula ini, nyata mengubah perspektif saya mengenai kehidupan. Ketika koma, kehidupan saya seolah-olah diimbas kembali.

“Jadi, saya akan gunakan peluang ini untuk melakukan yang terbaik. Saya mahu berjaya dalam pelajaran dan mahu mengubah kehidupan,” katanya.

Share :

Bapa Ini Ambil Gambar Bersama Anaknya Berturutan Selama 26 Tahun. Gambar Terakhir Pasti Menyentuh Hati !!!

Bapa Ini Ambil Gambar Bersama Anaknya Berturutan Selama 26 Tahun. Gambar Terakhir Pasti Menyentuh Hati !!! | Ramai yang mengambil gambar keluarga pada hari istimewa sebagai peringatan, tetapi bapa ini mengambil gambar bersama anaknya selama 26 tahun berturut-turut sejak anaknya dilahirkan. Pada mulanya, bapa tersebut nampak muda, semasa bapa menjadi semakin tua, anaknya pula menjadi semakin matang. Satu rekod kehidupan yang sungguh menyentuh hati juga mengagumkan.

1. Tahun 1987

7d5bd597e246d85ab18f2a8f0240cbe4

3. Tahun 1989

5dd1465230c21c414715e5a764f336be

4. Tahun 1990

f6b4a397ab336d6403cfd88d130e84ac

5. Tahun 1991

4b5c0ac712bfad163fb6ea983ef0ac41

6. Tahun 1992

2d655381a8c9ce9245b357c97fd6e109

7. Tahun 1993

892768557eb3cff3983b5d9d41e50417

8. Tahun 1994

4548293393b5ebe4cd632024312b0b4c

9. Tahun 1995

14b85654027eabeebe29a1dc9906908c

10. Tahun 1996

d3ae09ad13f89c536b77d685213bff0c

11. Tahun 1997

c92450a8c34c0113b59a81c1c2c2e1e7

12. Tahun 1998

48102f6626107a0ee925101267f69701

13. Tahun 1999

c1c5825b2f8ba144630585b9f8060f90

14. Tahun 2000

2bfc4209cbb6a02305bc2e9076a65379

15. Tahun 2001

55e9d6a812573ddc4beaeb3e44500a0b

16. Tahun 2002

2094108830c2fa6dc1861b97a8153929

17. Tahun 2003

97bdbbfaf9418b835567f7c7f502396d

18. Tahun 2004

6324294c6358f83fb994ed7c1e7ac830

19. Tahun 2005

8daa79124e87794406c5df3c443d564a

20. Tahun 2006

343ba1d031881afedf8d37f2431c32f4

21. Tahun 2007

88a51af3a807ca032e33e4a4872787cc

22. Tahun 2008

698002647a689dc25d5d8b47db936929

23. Tahun 2009

f9def5adf87d7cf685611362c42dd864

24. Tahun 2010

9d04c5bec6537abe47e3dff8da7ab706

25. Tahun 2011

652e32e474822babf04d73551c960b35

26. Tahun 2012

9bd01d0500581cb8f4f1557df55229d7

Sumber:- Era Baru

Perlukah Keluarkan Batu Kecil Yang Tersepit Pada Tayar Kereta? Inilah Jawapan Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!

Adakah anda perasan bahawa setiap kali selepas pemanduan, terdapat batu-batu kecil yang tersepit pada tayar kereta? Semasa melakukan penyelenggaraan kereta, kebanyakan orang tidak akan mempedulikan batu-batu kecil tersebut. Namun begitu, tahukah anda bahayanya apabila batu-batu kecil itu dibiarkan sahaja di dalam tayar kereta?

Seperti yang diketahui ramai, bunga pada tayar kereta memastikan bahawa kereta tidak tergelincir semasa hari hujan. Apabila terlalu banyak batu-batu kecil tersepit antara bunga tayar, suatu bunyi yang kurang menyenangkan akan terhasil. Akibatnya, cengkaman tayar menjadi lemah pada hari hujan atau salji sehingga kemungkinan kereta tergelincir di jalan raya amat tinggi.

Sungguhpun kebanyakan batu kecil ini akan terkeluar sendiri apabila anda memandu namun masih ada yang tersepit di celah tayar justeru membahayakan nyawa pemandu dan penumpang. Oleh itu, sentiasa ingat untuk mengeluarkan batu-batu kecil yang tersepit pada tayar demi keselamatan diri dan orang lain. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.Selain itu, batu-batu kecil yang tajam itu boleh menembusi tayar menyebabkan tayar bocor malah merosakkan rangkaian wayar kumia di dalam tayar hinggalah tayar pancit. Keadaan ini amat berbahaya kerana kereta boleh gagal dikawal sehingga membawa kepada kemalangan jalan raya.

Sumber:- Era Baru

Inilah Fungsi Punat Shift Lock Yang 90% Pemandu TAK TAHU Bagaimana Nak Menggunakannya !!!

Inilah Fungsi Punat Shift Lock Yang 90% Pemandu TAK TAHU Bagaimana Nak Menggunakannya !!! | Bagi mereka yang memandu kereta transmisi automatik, anda tentu perasan di sebelah tombol gear akan ada punat kunci anjakan atau shift lock. Walaupun sudah memandu bertahun-tahun, jangan terkejut kerana memang ada sesetengah pemilik kereta automatik yang langsung tidak tahu fungsi butang tersebut. Sebenarnya apakah fungsi dan kegunaannya dan bilakah shift lock ini perlu menggunakannya?

Sebelum itu perkara yang perlu kita tahu ialah:

Shift lock ialah ciri keselamatan baharu yang dibangunkan jurutera automobil selepas mengambil kira banyak insiden kecuaian pemandu. Ianya dicipta kerana kereta automatik yang tidak mempunyai fungsi shift lock kerap kali terlibat dengan dua insiden ini:APAKAH ITU SHIFT LOCK?

-Pemandu panik kerana kereta tiba-tiba tidak dapat dihidupkan, sedangkan keretanya itu dimatikan dalam gear sama ada D atau R. Enjin kereta automatik cuma dapat dihidupkan dalam posisi N atau P.

-Pemandu menyangka kenderaan dimatikan dalam P, tetapi sebenarnya dalam N. Apabila dihidupkan, gear terus ditarik ke bawah (di bawah P ialah R) kerana mahu mengundur, tetapi kereta sebenarnya dalam D dan bergerak ke hadapan. Kemalangan pun berlaku.

Jadi bagi kereta moden hari ini, anda tidak perlu lagi risau kerana kereta anda mesti dimatikan dalam P sebelum kunci boleh dicabut.

PUNAT SHIFT LOCK?

Punat shift lock atau ada juga ditulis shift lock release berfungsi membebaskan transmisi anda daripada P. Ini kerana dalam situasi tertentu anda perlu meletakkan gear dalam N, misalnya kereta anda perlu ditunda akibat kerosakan seperti bateri mati atau kong. Di sinilah fungsi punat shift lock diperlukan. Cara menggunakannya adalah seperti berikut:

Enjin dimatikan dalam P.

Cabut kunci kereta.

Tekan punat shift lock tanpa melepaskannya dan pada masa sama tarik tombol gear.

Letakkan pada posisi N. Lepaskan punat.

Jangan lupa free-kan brek tangan

Cuba tolak kereta untuk memastikan ia berada dalam kedudukan N/neutral.

INFO EKSTRA

Bagi sesetengah kereta punat shift locknya memerlukan anda menggunakan pin atau pemutar skru mata rata untuk meriliskannya. Jangan lupa balut atau lapik pemutar skru dengan kain untuk mengelak kesan calar pada konsol gear.

Sumber:- PanduLaju.com

Inilah 4 Langkah MUDAH Untuk Atasi Masalah Sinki TERSUMBAT Yang Ramai TAK TAHU !!!

Masalah yang sering di hadapi di rumah ialah sinki tersumbat. pelbagai cara yang digunakan untuk mengatasinya namun ia tetap berulang. disini kami kongsikan tips untuk mengatasinya yang sangat mudah.

Ni la rahsia abam, abam guna soda. Kedai hadware ade jual dik, tanya jelah tokey kedai tu. Biasanya soda ni tak display. Jangan tanya abam kenapa, abam pun tak tau. Ada orang cakap guna soda bikarbonat yang buat masak tu pn boleh. Tapi tak sekuat soda ni la. Kalau soda tu kuat abis melelas perut kau dik, tak gitu?

1

2

Ni bentuknya soda tu, keping². Jangan kau pegang dengan tangan pulak, melelas tangan kau abam tak tanggungjawab dik. Ikut pandai kau la..

3

2. Pastu kau masak air. Abam guna bekas paling besar abam ada. Lagi besar lagi banyak air, bermakna lagi banyak dia boleh cuci paip kau yang tersumbat tu.

4

3. Pastu kau letak soda macam ni ha. Tunggu air menggelegak untuk step seterusnya.

5

4. Ha, dah menggelegak pun air abam. Apa lagi, tutup api dan tuang dalam singki kau tu tanpa belas kasihan.

6

5. Tak sempat tunjuk macam mana soda tu bertindakbalas. Mana sempat dik, abam tuang pastu abam jugak nak shoot. Akak kau sedap je makan nasik.. kalau kau buat sendiri nanti tengok sendiri la ye..

Ok, dah selesai air turun semua kau pasang lagi air camni. Bagi kekotoran dalam saluran tu semua jalan. Suka² lepak dalam saluran buat apa, hangin je abam dik.. dah siap ni senyum je hakak kau. Yelah jimat tak payah panggil orang.. ok, tu je. Kim salam kat ayah kau ye dik, bagitau abam ucap slamat ari raye.. ✌

Kredit:- Mat Isa

Share..