Kisah Misteri Jenayah Norita Di Bilik Mayat HKL!!!! Takut weiiii

Ingat tak kes pembunuhan seorang wanita perlis (peragawati) yang berlaku di sebuah kondo mewah di kuala lumpur?

Wanita bernama norita samsuddin, 22, telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan jejawi, perlis. Noritta dibunuh di atas katilnya pada bulan disember 2003.

TARIKH : 5 Disember 2003

WAKTU : Sekitar 10 pagi

LOKASI : Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL)

HARI itu genap sebulan aku menyambut hari jadiku yang ke-27. Aku tiba di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur kira-kira pukul 10 pagi. Tidak ada seorang pun wartawan lain yang kelihatan. Bersama aku adalah jurugambar wanita ‘macho’, Aby Baizura Harun.

Yang kelihatan di luar bilik mayat adalah rakan-rakan sepejabat arwah termasuk kenalan rapatnya. Yang wanita pula menangis teresak-esak. Berdasarkan wajah dan pakaian teman-temannya, aku dapat agak yang si mati mungkin seorang artis atau paling kurang pun model.

Aku jadi makin tak tentu arah. Dalam benakku, kalau betullah si mati ini seorang artis atau seorang model, sudah tentu berita pembunuhan ini akan ‘meletup’. Maksud aku ’meletup’ tu bukannya sensasi, tetapi sudah barang pasti aku kena kumpul sebanyak mungkin maklumat agar laporan aku kelak tepat dan terperinci, aduh, ini semua akan memeningkan lagi otak aku.

Masalahnya, ketika itu, tak seorang pun di bilik mayat HKL mahu memberikan maklumat mengenai pembunuhan itu, jangan kata maklumat, aku tanya nama si mati pun tak de siapa yang nak beritahu.

Aku jadi makin tak keruan. Tidak lama kemudian, rakan setugas, Angelina Sinyang, menelefon aku melalui telefon bimbit.

” Syahril, ini cerita besar, yang kena bunuh tu katanya seorang model, itu maklumat tak rasmi yang aku terima, kau kena check, editor kita dah bising…dia tanya bila nak tulis story?,” desak Angelina.

Aku mula bengang. Aku mula maki hamun editor aku (tapi dalam hatila). Ye lah, bukan senang nak cari maklumat. Polis sendiri pun setengah mati nak menyiasat, apatah lagi aku wartawan cabuk ni, bisik hati aku.

Tidak lama kemudian ada seorang wanita pertengahan umur keluar dari bilik mayat. Tak silap aku dia adalah pembantu perubatan di situ.

”Sesiapa sahabat handai atau waris si mati yang hendak melihat arwah bolehlah berbuat demikian, tapi jangan lama-lama kerana mayat nak dikafankan sekejap lagi,” kata pembantu perubatan itu.

Serentak dengan itu juga masuklah teman-teman arwah ke bilik mayat untuk melihat wajahnya buat kali terakhir. Aku juga tidak melepaskan peluang ini.

Masuk saja ke dalam, aku melihat arwah terbaring di atas pengusung dan ditutup dengan sehelai kain. Kain tersebut kemudian disingkapkan hingga ke paras leher bagi membolehkan rakan-rakannya menatap wajah arwah.

Sebaik saja aku menatap wajahnya, aku tiba-tiba menjadi sayu. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Walhal ini bukanlah kali pertama sebenarnya aku melihat mayat mangsa bunuh. Bertahun aku menjadi wartawan jenayah, mayat adalah ‘mainan’ aku, tetapi kali ini aku rasa semacam. Pilu sungguh. Mana taknya, mangsa masih muda dan seagama, tak banyak sikit pun perasaan simpati tetap wujud.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana keadaan arwah ketika itu? Alhamdulilah, terus terang aku katakan. Wajahnya seperti seorang gadis yang sedang tidur saja. Tidak ada imej ‘ngeri’ seperti mana wajah mangsa bunuh yang lain.

Rambutnya ikal mayang. Kulitnya sawo matang. Si mati juga seolah-olah ‘redha’ dengan kematiannya. Pendek kata, kalau dilihat dari riak wajahnya, kita seolah-olah sukar menerima kenyataan yang arwah menemui ajal di tangan seorang pembunuh.

Selepas semua orang yang ada di situ menatap wajah si mati, pembantu perubatan tadi meminta bantuan beberapa orang lelaki termasuk aku untuk mengangkat mayat arwah dari atas pengusung ke pangkin khas untuk dimandikan.

Aku masih ingat bagaimana aku dan dua orang pemuda yang ada di situ kemudiannya menurut saja permintaan beliau. Mayat arwah kemudiannya kami letakkan di tempat yang dimaksudkan.

Sebaik saja selesai, aku terus keluar dan mula kembali mencari maklumat penting untuk dijadikan bahan berita. Aku kemudiannya menegur seorang pemuda yang aku perhatikan telah berada di bilik mayat sejak awal tadi.Aku bernasib baik. Dia rupanya teman sepejabat arwah.

Daripada beliaulah baru aku tahu nama si mati, Norita Samsuddin. Katanya Norita bertugas sebagai seorang eksekutif di syarikat tempat mereka bekerja. Secara peribadi dia agak terkejut dengan berita pembunuhan tersebut kerana Norita, katanya, seorang pekerja yang rajin dan tidak banyak ‘songeh’.

Apapun selesai masalah. Nama aku dah dapat, jawatan aku dah dapat, alamat kampung pun aku dah dapat, cuma satu saja belum…gambar mangsa. Takkan aku nak suruh Aby masuk ke dalam bilik mayat dan ambil gambar mayatnya yang tengah terbaring itu. Bagi aku ini dah menyalahi etika. Arwah juga makhluk Tuhan yang perlu dihormati.

Aku bernasib baik kerana Aby memberitahu yang salah seorang kawan mangsa ada menyimpan gambar arwah di rumahnya. Tanpa berlengah masa, Aby terus berkejar ke sana tanpa diarah. Dalam hati, nasib baik aku dapat jurugambar yang tahu tanggungjawabnya, boleh bertindak pantas tanpa perlu disuruh-suruh.

Menjelang tengah hari, bilik mayat mula dipenuhi wartawan dan jurugambar daripada pelbagai agensi media. Namun jumlahnya kembali berkurangan apabila masuk waktu solat Jumaat.

Aku hanya pulang ke pejabat setelah jenazah di bawa keluar dari HKL untuk dikebumikan di tanah kelahirannya di Perlis.

Cukuplah cerita aku mengenai pengalaman membuat liputan kes Norita dan aku tidak bercadang untuk menulis lagi mengenainya. Semuanya sudah selesai dan tidak perlu diungkap semula apa yang berlaku.

Aku berdoa semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Nasihat aku janganlah kita membuat sebarang andaian dan spekulasi yang bukan-bukan. Hanya Allah yang tahu apa sebenarnya yang terjadi. Pembunuhnya mungkin terlepas di dunia, tetapi tidak akan terlepas di akhirat.

Ingatlah, kita tidak mungkin ‘terasa’ kerana kita bukan darah dagingnya tetapi bagaimana pula jika ditakdirkan Tuhan- arwah rupanya adalah adik, kakak atau anak kita sendiri, bagaimana?

Al-Fatihah buat Norita Samsuddin. Takziah buat keluarganya. Jauh di benakku aku berharap tiada lagi kes sedemikian rupa terjadi lagi. Namun kezaliman tidak terhenti di situ.

Tidak lama kemudian menyusul kes pembunuhan kejam Canny Ong, pensyarah UITM Bakaruddin Busu, kes pembunuhan isteri Raja Dihilir dan banyak lagi.

Kesimpulannya cuma satu…manusia makin gila. Aku makin buntu.

Disebabkan Call Tak Berjawab. Suami TERKEJUT Besar Bila Periksa Telefon ISTERI. RUPANYA…

Kerjaya sebagai tentera membuatkan salim sering meninggalkan rumah demi menjalankan tugas. Salim tidak pernah merungut kerana itulah pilihan hidupnya sejak dirinya kecil lagi. Walau dirinya di hantar ke ceruk hutan mahupun lautan pun dia sanggup. Demi negara tercinta, berkorban nyawa pun dia sanggup.

 

Namun dalam diam-diam, Salim tidak menyangka kepatuhannya kepada tugas membuatkan isterinya Zalina mula berlaku curang terhadap rumah tangga yang telah 5 tahun dibina. Bagaimana Salim mengetahui akan kecurangan isterinya itu?

Semuanya gara-gara SMS yang tersimpan di dalam telefon isterinya. Sebenarnya Salim tidak pernah mahu membaca SMS dalam telefon bimbit isterinya itu. Tetapi entah macam mana, pada suatu hari di kala Salim sedang berehat di rumah sebaik sahaja selesai balik dari tugasan di luar daerah, telefon isterinya berbunyi.

Pada mulanya Salim tidak mahu mengangkat telefon tersebut. Tetapi sebaik sahaja terpandang perkataan ‘ayang’ tertera di skrin telefon membuatkan hatinya keliru. Siapa pula ‘ayang’ ni. Sepanjang dia berkahwin dengan Zalina, isterinya itu tidak pernah memanggilnya ayang. Lagi hairan Salim memikirkannya.

Disebabkan rasa ingin tahu yang memuncak telah membuatkan Salim tekad untuk mengangkat telefon. Sebaik sahaja Salim mengangkat telefon dan mengucapkan hello, tiba-tiba penggilan terputus.

Hairan juga Salim dengan perbuatan si pemanggil itu. Tanpa berlengah masa, Salim pun mula mendail semula nombor telefon pemanggil misteri yang bernama ayang itu. Lama juga Salim menunggu, tetapi telefon tersebut tidak juga diangkat. Bosan menunggu membuatkan Salim meletakkan telefon.

SMS romantik dan berbaur Luc@h

Kecewa tidak dapat menelefon membuatkan Salim mengambil keputusan untuk membuka peti simpanan SMS telefon isterinya. Alangkah terkejutnya Salim apabila mendapati terdapat beberapa SMS dengan nama ayang di simpan di dalam peti simpanan SMS isterinya.

Tanpa berlengah, Salim terus membuka SMS yang paling atas sekali. Sebaik di buka dan Salim membaca apa yang ditulis, betapa marahnya Salim dengan ayat-ayat yang ditulis dalam SMS itu. Kemudian Salim terus membuka SMS-SMS yang lain. Lagi bertambah panas hatinya apabila membaca SMS itu. Bukan setakat ayat-ayat manis dan romantik malah kadangkala terdapat juga SMS berbaur luc@h didalam simpanan isterinya sanggup bermain kayu tiga dengan orang lain sepanjang perkahwinan meraka.

Rasa tidak puas hati telah membuatkan Salim pun mencari isterinya. Zalina yang pada ketika itu berada didapur memasak tiba-tiba terkejut dengan kelakuan suaminya yang tiba-tiba terkejut dengan kelakuan suaminya yang tiba-tiba marah tidak tentu pasal. Namun sebaik sahaja Zalina memandang telefonnya di tangan Salim, tiba-tiba mukanya berubah.

Salim perasan perubahan wajah isterinya itu. Situasi tersebut menguatkan lagi rasa perasaan syaknya terhadap isterinya. Tanpa membuang masa, segera Salim terus bertanyakan persoalan yang berlegar di fikirannya. Pada mulanya Zalina tidak menjawab tetapi disebabkan desakan bertalu-talu terpaksa berterus-terang.

Daripada cerita yang terkeluar dari mulut Zalina barulah Salim tahu bahawa isterinya telah lama mempunyai teman lelaki. Bertambah marah hati Salim mengetahuinya. Walaupun marah, dia cuba bertenang. Demi mendapatkan penjelasan mengapa isterinya sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu, Salim pendamkan perasaan marahnya seketika.

Wajah Tampan Memikat

Menurut Zalina, akibat rasa sunyi ketika ketiadaan Salim membuatkan dia berkenalan dengan lelaki lain. Pada mulanya Zalina tidak pernah berniat untuk melakukan perbuatan tersebut tetapi wajah tampan lelakinya yang dipanggil Ayang itu membuatkan Zalina terpikat.

Sakit hati Salim mendengarmya. Kemudian Salim terfikir, setakat manakah kemesraan isterinya dengan teman lelakinya. Pada mulanya Zalina tidak tidak mahu menjawab. Tetapi setelah Salim mengugut akan memberitahu kepada ibu bapa Zalina membuatkan isterinya mengakui hubungan mereka sekadar teman biasa tetapi kadangkala disebabkan nafsu dan kesepian, mereka sering juga terlanjur.

Mendengarkan pengakuan Zalina itu hati Salim sudah tidak tertahan lagi. Pada mulanya dia mahu memaafkan isterinya kerana mungkin disebabkan kesepian dia mencari lelaki lain. Jika Salim berubah mungkin isterninya kembali kepadanya. Tetapi setelah mengetahui bahawa isterinya meakukan perbuatan terkutuk dengan teman lelakinya membuatkan Salim tanpa berfikir panjang terus mengambil keputusan meninggalkan isterinya pada ketika itu. Salim menceraikan isterinya dengan talak satu.

Terkedu Zalina dengan apa yang didengarnya keluar dari mulut Salim. Namun begitu nasi sudah menjadi bubur dan tidak ada apa yang boleh di lakukannya lagi bagi memohon kemaafan suaminya itu. sekian.. Kredit:-Virtualfriend

Gadis Ini Sesat 4 Jam Di Parkir Kereta Midvalley. Selepas Jumpa Security Rupanya Ramai Pernah Kena. SERAM !!!

Gadis Ini Sesat 4 Jam Di Parkir Kereta Midvalley. Selepas Jumpa Security Rupanya Ramai Pernah Kena. SERAM !!! |Kisah aku bermula pada hari Rabu lepas, aku merupakan pelajar tahun akhir di Akademi Pengajian Melayu di sebuah Universiti Malaya. Sekarang merupakan cuti semester dan aku tidak pulang kerana bekerja secara sambilan di sebuah pasaraya dan menetap di kolej kediaman di dalam kampus(rahsia). Aku tinggal bersama seorang lagi teman sebilik yang turut sama tidak pulang kerana bekerja( Model kot, hari2 dia shooting). Aku yang tak berapa lawa ni jadilah promoter je.

2jQmPaL

Hari Rabu lepas adalah hari cuti Off Day aku sehingga Khamis, maka aku berseorangan di bilik, sedangkan kawan aku sibuk dengan modellingnya. Bila aku whatsapp dia kata dia balik awal pagi nanti. Disebabkan aku seharian duduk di bilik, aku ambil keputusan untuk menonton wayang di GSC Midvalley.

Maka bersungguhlah aku bukak laptop (line Ya Ampun Lajunya) dan tengok waktu tayangan. Jam menunjukkan jam 8 malam. Cerita yang aku nak tengok pulak ada jam 9, 11 dan 12 malam lebih kurang macam tulah. Aku dengan beria nak tengok tempat duduk, tup tup yang pukul 12 malam je ada tempat duduk yang logik (sape yang biasa tengok wayang akan faham). Sape pulak nak patah tengkuk duduk depan-depan. Maka aku belilah tiket wayang jam 12 malam.

Selesai solat Isyak dan layan movie sebiji dua, aku turun ke parkir kereta dan menghidupkan enjin dan meluncur laju ke arah Midvalley. Jam dah 11.40 kalau tak silap,a ku terus masuk parking atas yang searas dengan GSC supaya tak jauh nak berjalan ke wayang. Aku pon sampai dan layanlah cerita tu walaupun takdelah best mana trailer je A, hahaha. Selesai wayang aku keluar dan ke toilet (sejuk kot wayang tadi). Kat sini wayang aku pulak bermula. Aku ke toilet atas sebelah tempat bowling semua tu.

Masa aku masuk, memang aku sorang je sebab pintu tandas semua memang terbukak (tak rapat aku assumelah takde orang). Bila aku keluar nak ke sinki, ada satu bunyi dari tandas sebelah yang aku guna. Mulanya aku ingat aku salah dengar, tapi bila aku pasang telinga, sah! Memang ada bunyi. Bunyinya macam lelaki tengah bercakap seolah-olah bercakap dalam telefon (bermonolog). Dalam keadaan takut campur geram aku pon pergi dan tolak pintu tandas tu. Tapi takde orang dan suara tu hilang. Aku pelik dan mulalah perasan yang aku sorang-sorang rupanya dalam tandas pukul 2 pagi! Aku keluar dari tandas dan terus ke tempat parkir. Masa ni peluh dia takyah cakaplah, memang takut.

Dalam kereta aku mula fikir pasal kejadian tu. Menyumpah betul bila aku berani tolak pintu tandas tu. Buatnya ada pompuan rambut panjang kenyit mata ke gelak mengilai baru padan muka. Aku hidupkan enjin dan mula bergerak keluar. Dari tingkat aku parkir aku turun dan ikut jalan KELUAR. Satu persatu tingkat aku turun. Aku hidupkan radio tapi signal dia macam hidup segan mati takmau je. Biasalah parkir kan. Aku terus menekan pedal berselang seli dengan brek apabila nak membelok. Sedang syok pusing stering baru aku sedar, dah berapa tingkat aku turun kenapa tak jumpa-jumpa pintu nak bayar tiket. Masa tu aku rilek lagi. Ingatkan aku mamai sebab fikir kes kat tandas tu. Aku mula kira tingkat yang aku turun. 1.2.3.45..

Gila! Setahu aku, aku naik 4 tingkat je masa nak parkir tadi. Kenapa aku tak jumpa-jumpa jalan keluar? Masa ni aku panik dah. Aku amek telefon dan menyumpah-nyumpah sebab betul2 ada 1% dan takde powerbank dan takde line. Aku tak berhenti sebab aku takut. Aku terus bergerak ikut tanda KELUAR. Masa tu aku baru perasan yang takde sebuah kereta pon ada sekali. Bayangkan parkir semua kosong macam cerita Desolasi. Aku mula menangis, aku takut yang teramat sangat. Aku panggil nama mak ayah aku. Keretaku masih bergerak dan aku cuba cari jalan keluar, aku cuba patah balik ke atas dengan harapan dapat jumpa semula pintu wayang yang aku masuk tadi. Misteri sangat bila aku naik ke atas pon sama. Aku macam naik 50 tingkat tapi semua benda sama pada setiap tingkat. Bayangkan perasaan aku. Aku turun pun sama, naik pon tetap sama.

Dalam masa gelabah tu jugaklah aku ada perasan kat cermin belakang, ada macam lembaga berwarna merah kat hujung jalan kat arah belakang kereta aku. Lembaga tu seolah-olah macam manusia berbadan kurus, ada janggut yang pnjang sampai ke bawah, tak pakai pape dan kedua tangannya ke atas. Aku nak toleh harap maaflah ye. Aku cuma tengok cermin belakang dengan hujung-hujung mata sebab masa tu hanya Allah swt yang tahu betapa takutnya bila nampak, aku siap doa supaya aku pengsan.

Tapi aku tetap meluncur naik dan turun cuba mencari jalan keluar. Aku dalam takut-takut tu sempat juga tengok cermin, setiap kali 1 tingkat akan ada makhluk yang berwarna merah tu kat hujung setiap tingkat. Aku tak kira dah berapa tingkat aku turun naik sebab aku tau nak keluar ASAP! Padanlah takde CD Alquran dalam kereta yang aku kira boleh membantu masa saat-saat genting macam ni, nak baca surah pon tergagap sebab memandu dalam keadaan macam ni. Bukan jalan lurus tapi kau kene membelok setiap kali turun naik tingkat. Kira boleh buat drift macam tu (myvi boleh ye?)

Saat menakutkan ni berakhir secara tiba-tiba ada guard tengah jalan kat 1 tingkat. Aku hon dan dia respon. Masa tu aku bersyukur sangat-sangat, Allah je yang tahu leganya bila berjumpa manusia lain. Aku panggil dia dan bagitau apa yang jadi walaupun dia tak faham, hahaha Nepal kot. Aku mintak dia tunjuk jalan, dia setuju dan aku ikut je dengan kereta perlahan-lahan. Aku turun 1 tingkat je terus ada tempat bayar untuk keluar dan ada sorang akak je kat dalam tu.

Peliknya aku turun naik macam orang gila tak jumpa apa pon. Aku terus hulurkan tiket dan akak tu buat muka pelik. Adik baru turun ke? Dah pukul 6 ni, tanya akak tiket tu. Baru aku sedar yang dekat 4 jam aku bergelut cari jalan keluar. Fuhh. Keluar je dari parking aku berhenti depan hentian teksi dan jumpa dengan sorang security Melayu yang duduk kat tepi pintu.

Aku cerita segalanya kat brother tu dari A-Z. Brother tu panggil sorang lagi kawan dia dan diorang tanya aku soalan macam2. Rupanya bukan aku je pernah jadi macam tu. Pernah ada kes yang sama, tapi dia dekat dalam Midvalley lepas keluar wayang tak jumpa jalan keluar sampailah waktu tengahari, itupun guard jumpa kat dalam bilik servis kalau tak silap. Aku bersyukur aku tak jadi pape, Allah masih pelihara dan lindungi. Aku balik terus ke kolej lepas tu dan tak boleh tidur. Aku tunggu roommate aku bangun dan cerita segalanya. Aku dok teringat suara dan lembaga merah tu sampailah sekarang, aku bukanlah orang yang percaya kat benda-benda sebegini dan kisah yang aku alami ni memang merubah aku. Nasihat aku terutama yang perempuan berhati-hatilah tak kira mana korang berada. Selalu minta perlindunganNya.

Semoga cerita aku dijadikan iktibar- RYTCI

Sumber: jubahsemalam

Masih Ingat Lagi Gadis 18 Tahun Yang Kahwin Lelaki 62 Tahun Selepas Hampir Setahun Berkahwin Inilah 5 Foto Terbaru Yang Amat Memeranjatkan

Sejak beberapa hari lalu netizen di Malaysia dihebohkan beredarnya tiga foto pernikahan seorang remaja wanita berumur 18 tahun dengan pria yang lebih pantas sebagai kakek, karena sudah berumur 62 tahun.

Awalnya, foto ini dibagikan Ustaz Saiful Bahri Mamat di laman Facebook

Foto-foto itu tersebar luas di media sosial dah dibagikan oleh netizen dengan pelbagai tulisan yang kebanyakan menjadikan perkawinan ini sebagai lawakan.

Ada yang mengatakan seharusnya pasangan bagai anak dan ayah, cucu dengan kakek.

belia-dinikahi-si-tue2_20160323_134543.j

Nur Nazirah Nazri”18 tahun gaiisss, 18 tahun. Allahu, rasa pedih menusuk kalbu gaiss. Hahahahaha,” tulis laman Himpunan Gambar Lawak disertai dengan emoticon gelak ketawa.

Menyadari pernikahannya yang dianggap sebagai lawakan, pengantin perempuan, Nur Nasirah Nazri menanggapi.

“Hina sangatkah orang muda kawin dengan orang tua? Perkawinan saya adalah perkawinan sah, bukannya buncit (hamil) dahulu baru kawin,” soal Nasirah kepada netizen.

belia-dinikahi-si-tue_20160323_134024.jp

Nur Nasirah mengaku awalnya hanya diam saat foto foto pernikahannya tersebar di Instagram.

“Tapi ramai yang meng-up-kan (postingan itu tetap di atas), sehingga saya hilang rasa sabar. Kepada yang mendoakan kebahagiaan saya, saya ucapkan terima kasih sangat-sangat dan yang mengata pun saya ucapkan terima kasih,” tulis Nasirah lagi.

Namun ada juga netizen yang membari kata-kata semangat kepada pasangan ini.

“Jangan rasa macamtu adik, saya gembira, Wallahi,, Rasulullah pun berkawin dengan anak kawan baik sendiri yang jauh lebih muda iaitu Saidatina Aisyah, saya yakin ramai yang mendoakan adik dan pasangan, gambar ini jadi viral sebab ‘rare’ jer, Dalam Jannah, tak de beda umur dah, semua sebaya,” kata Faten Nasyrah Zulkifli.

Nur Nazirah Nazri

“Abaikan saje, biasalah manusia, bila pemikiran tidak berfungsi dengan baik, macam inilah jadinyer, perkara baik diremeh-remehkan, bagus adik kawin awal, kakak doakan awak bahagai, by the way, suami yang dah berumur ini lagi romantik dari yang muda, tak percaya? tengok je lah nanti,” kata Aliah Amanee.

Sumber: informasi-viral

Selamba rompak RM88,000 di bank, polis terkejut dan kecut perut temui ‘SENJATA’ yang digunakan lelaki ini hingga buat staf bank itu terkencing

Seorang warga Kanada yang merompak sebuah bank di Singapura dengan hanya bersenjatakan sekeping nota ugutan, didapati memberikan perhatian teliti cara memboloskan diri.

David James Roach, 27, pelancong beg galas (backpacker) yang melarikan S$30,000 (RM88,000) dari Bank Standard Chartered cawangan Holland Village, didapati menyimpan sekeping kertas dengan catatan bagaimana menyelamatkan diri daripada pihak berkuasa.

Antara caranya, menurut nota yang dijumpai polis Bangkok, ialah dengan memakai pakaian tidak bercorak, menggunakan teksi, dan berkelakuan biasa, akhbar Singapura The Straits Times melaporkan.

Satu lagi catatannya ialah “buat duit”, ditulis di sebelah senarai tiga bandar raya: Singapura, Chiang Mai dan Dubai.

Pada 7 Julai, Roach memasuki Bank Standard Chartered di Holland Village, sebelum merompak dengan hanya bersenjatakan sekeping nota ugutan yang diserahkan kepada juruwang.

“Ini rompakan, serahkan saya wang, jangan panggil polis, saya ada senjata,” menurut nota itu. Roach kemudian berjalan keluar dengan wang tunai S$30,000.

Selepas pemburuan 54 jam, Roach ditahan di Boxpackers Hostel di daerah Ratchathewi, Bangkok, atas permintaan Singapura.

Seramai 100 anggota polis Thailand terlibat dalam operasi mencarinya, termasuk memeriksa 400 kamera litar tertutup di pusat membeli-belah Central World.

Ahli keluarga Roach termasuk rakan perjalanannya melahirkan rasa terkejut selepas mendapat tahu mengenainya.

21 Gambar Hiasan Dalaman Rumah Fasha Sandha

21 Gambar Hiasan Dalaman Rumah Fasha Sandha

Fasha Sandha telah berkongsi gambar rumahnya yang telah dihias dan diubah suai oleh team Lentera Creative Home.

Memang cantik hiasan dalaman rumah Fasha Sandha ini. Simple tapi nampak mewah dan menarik.

Ini komen dari designer:

Nahhh ni la dia pic sepenuhnya rumah pelakon popular Fasha Sandha yg telah di transformasikan oleh team Lentera Creative Home.

Kami telah memilih konsep Modern English Luxury sepertimana yang Fasha sendiri kehendaki.

Segalanya bertukar baru dan kami mainkan dengan warna pastel yg nampak lebih mewah dan glamour seperti tuan rumah.

Alhamdulillah Fasha happy sangat perubahan pada ruang tamu nya sehingga kan beliau tergamam tidak terkata.

Segalanya adalah idea dari Lentera Creative Home..

Para peminat telah memuji kecantikkan rumah Fasha Sandha ini. Jom layan koleksi gambar rumah Fasha Sandha:

9 Petua Semulajadi Menghalau Lipas Yang Berparti Dalam Kereta Anda

9 Petua Semulajadi Menghalau Lipas Yang Berparti Dalam Kereta Anda

“Arrgghh… Stresnya aku tengok anak-anak lipas yang berkeliaran dalam kereta ni. Manalah agaknya sarang dia. Tak boleh jadi, nanti dibiarkan makin seronok dia beranak-pinak. Apa petua menghalau lipas dan kaum kerabat dia semua sekaligus ya?”

Bila anak-anak duduk dalam kereta, biasanya mesti ada sisa makanan yang tertumpah atau tertinggal, bukan? Jadi, tak hairanlah kereta mudah menjadi tempat pembiakan lipas. Walaubagaimanapun, ada juga sesetengah kereta yang bersih dan masih menjadi kegemaran lipas. Puas kita halau, masih muncul lagi lepas beberapa hari.

Tapi, kalau asyik ‘spray’ berkali-kali, takut kita pula yang pening. Kesan bahan kimianya pula dikhuatiri membahayakan anak kecil. Jadi, apa yang patut buat?

Jangan risau, di sini kami senaraikan 9 petua menghalau lipas secara semulajadi. Tentu selamat dan sesuai bagi anda yang ada anak kecil.

Foto Kredit: saraautocare.com

9 PETUA MENGHALAU LIPAS DALAM KERETA

Berikut adalah 9 petua menghalau lipas dengan menggunakan bahan semulajadi. Mudah, tapi amat berkesan!

1. DAUN PANDAN

Salah satu cara paling mudah dan berkesan adalah menggunakan daun pandan. Baunya yang kuat dan wangi ini amat dibenci oleh lipas.

Caranya mudah, cuci terlebih dahulu dan hiriskan daun ini untuk mengeluarkan baunya. Kemudian, isikan dalam beg kain yang berjaring halus.

Kalau nak ikatkan dan letak terus dalam kereta pun boleh, tapi jangan biarkan sampai terlalu kering dan reput kerana nanti susah mencucinya. Malah, mungkin boleh menarik serangga lain pula.

Foto Kredit: jewelpie.com

2. DAUN DURIAN BELANDA

Daun durian belanda juga boleh digunakan untuk menghalau lipas. Caranya hampir sama dengan daun pandan di atas. Tapi, ada yang mengatakan ianya lebih berkesan apabila digunakan apabila daunnya telah kering.

Bagi anda yang meminum teh daun durian belanda, anda boleh cuba meletakkan uncang teh yang telah digunakan tersebut di dalam kereta.

Foto Kredit: indiamart.com

3. SEMBURAN SERAI WANGI

Semburan serai wangi adalah salah satu alternatif semulajadi yang sesuai untuk mengelakkan lipas daripada bersarang dalam kereta anda.

Patinya boleh dibuat sendiri dengan air rebusan atau goreng dengan api perlahan. Campurkan dengan sedikit air dan masukkan dalam botol penyembur. Semburkan di seluruh kereta, terutamanya pada bahagian karpet.

Ada juga yang dijual terus sebagai produk penghalau serangga yang organik dan selamat digunakan.

Foto Kredit: futyrywoke.mee.nu

4. BAKING SODA

Salah satu petua menghalau lipas yang berkesan adalah menggunakan baking soda. Ia bukan saja toksik terhadap lipas, tetapi ia boleh menyerap bauan sisa makanan yang mengundang lipas ke dalam kereta anda.

Taburkan selapisan baking soda ke atas karpet kereta dan biarkan beberapa hari sebelum anda memvakumkannya semula.

Foto Kredit: healthyfoodhouse.com

5. ‘GLUE TRAP’

Perangkap gam atau ‘glue trap’ banyak dijual di kedai-kedai dengan harga yang murah. Seeloknya, cari yang berlabel anti-toksik atau semulajadi.

Letakkan perangkap ini pada waktu malam kerana waktu inilah lipas-lipas sedang aktif. Ia perlu digunakan dan ditukar dengan kerap sehinggalah lipas-lipas ini hilang sepenuhnya.

Foto Kredit: easypestsupplies.com

6. PERANGKAP BOTOL MINUMAN

Salah satu perangkap yang paling mudah dibuat adalah perangkap botol minuman seperti yang dibuat oleh Puan Sharifah. Ambil botol air minuman dan tinggalkan sedikit sisa di dalamnya. Kemudian, biarkan botolnya terbuka dan selitkan botol pada tepi seat kereta dalam keadaan menegak. Dalam posisi ini, barulah lipas akan susah untuk memanjat keluar.

Biarkan semalaman atau 2-3 hari dan anda pasti akan mendapati ada banyak lipas yang terperangkap di dalamnya. Anda juga boleh mencampurkan sisa makanan dengan sedikit larutan baking soda untuk membunuh lipas tersebut.

Letakkan botol secara menegak seperti dalam gambar. / Foto Kredit: Puan Sharifah Aishah

7. LISTERINE

Salah satu petua menghalau lipas yang boleh anda cuba adalah menggunakan Listerine.

Penyegar mulut dan nafas ini boleh digunakan sebagai penyembur untuk menghalau lipas. Sebaiknya, pilih bau pudina yang paling kuat. Semburkan dalam kereta anda termasuklah di bahagian tersembunyi.

Foto Kredit: .krazycouponclub.com

8. MINYAK AROMATERAPI

Bagi anda yang mempunyai koleksi minyak aromaterapi, bolehlah menggunakan wangian tea tree oil, peppermint atau lemongrass untuk menghalau lipas-lipas ini daripada terus bersarang dalam kereta anda.

Namun, jika masih ada telur-telurnya, mungkin ia tidak dapat menyelesaikan masalah ini dengan lebih cepat dan berkesan.

9. VAKUM BAWAH KARPET

Kebanyakan lipas ini bersarang di dalam rangka kereta kerana ianya sukar dicapai oleh manusia. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan dan semakin teruk, cuba bawa kereta anda ke carwash untuk cuci bahagian karpet kereta atau bahagian-bahagian tersorok di bawahnya.

Mereka juga mungkin mempunyai solusi lain dan teknik tersendiri untuk membunuh lipas ini dengan pantas dan berkesan.

JAGA KEBERSIHAN DALAM KERETA

Dalam tempoh membunuh dan menghalau lipas ini, cuba elakkan daripada makan di dalam kereta. Jika ada sisa makanan, cepat-cepat bersihkan dan jangan tinggalkannya semalaman kerana lipas-lipas kereta ini dapat membiak dengan cepat!

Awek Cun Mesej Minta Nak Pinjam Duit Di FB. Apa Yang Lelaki Ini Balas…. Memang TERKEDU Dan WIN !!!

Awek Cun Mesej Minta Nak Pinjam Duit Di FB. Apa Yang Lelaki Ini Balas…. Memang TERKEDU Dan WIN !!!

Dah banyak cerita kita dengar mengenai scammers di laman sosial sekarang ini, mereka mencipta ‘fake account’ dan menggunakan gambar gadis-gadis cun bertujuan untuk menipu daya. Memang bahaya scammers ni lebih-lebih lagi jika melibatkan jual beli barangan di internet. Duit lesap barang pun entah kemana.

Di twitter viral mengenai seorang lelaki yang tiba-tiba terima private message dari ‘awek cun’. Nak pinjam duit kereta rosak katanya. Namun, respond lelaki ini memang win! Terus terdiam awek tu. Haha

Awek cun private message nak pinjam duit

Respond dia memang win!

‘Saya bukan along, saya cuma nak tolong’

Scammer rupanya, dah ramai kena tipu

Terus diam kau. Haa lepas ni korang boleh try buat macam ni kalau ada awek yang tiba-tiba private message nak pinjam duit, minta top up dan sebagainya. Hehe

sumber: Faiq Fikri

Kredit To : OHBULAN!

Inilah RAHSIA Di Bilik Hotel Yang Pekerja Hotel Tak Akan Beritahu Anda. Jangan TERKEJUT !!!

Inilah RAHSIA Di Bilik Hotel Yang Pekerja Hotel Tak Akan Beritahu Anda. Jangan TERKEJUT !!!

Inilah RAHSIA Di Bilik Hotel Yang Pekerja Hotel Tak Akan Beritahu Anda. Jangan TERKEJUT !!! | Ada yang pernah menginap di hotel 3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Di sini kami ingin berkongsi tentang rahsia bilik hotel yang kita sendiri tidak tahu.

Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.

Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik

Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.

Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik

Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.

Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.

Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.

Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka

Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.

Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum

Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.

Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa?

Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.

Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik

Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.

RAMBUTMU KERITING? TAK PERLU PERGI KE SALON UNTUK DI REBONDING, SIMPAN Duit Anda!! INI CARA MUDAH MELURUSKAN RAMBUT SECARA KEKAL, INI BAHAN DAN INI CARANYA

RAMBUTMU KERITING? TAK PERLU PERGI KE SALON UNTUK DI REBONDING, SIMPAN Duit Anda!! INI CARA MUDAH MELURUSKAN RAMBUT SECARA KEKAL, INI BAHAN DAN INI CARANYA

Banyak wanita yang pergi ke salon hanya untuk meluruskan rambutnya. Kerana mereka menganggap, rambut lurus lebih mudah diurus dan lebih kelihatan berkilat.

Rambut lurus iaitu salah satu trend yang harus dimiliki. Namun, kebanyakan langkah pelurusan rambut boleh merosakkan rambut, apatah lagi cara yang boleh meluruskan rambut secara kekal.

Untuk itu, kami akan menghidangkan langkah pemulihan semula jadi buatan sendiri yang akan menolong meluruskan rambut anda. Rawatan ini menjanjikan hasil yang sangat memukau, bahkan bila rambut anda kerinting dan susah diurus sekalipun.

Bahan:

4 sudu makan perahan lemon

1 cawan minyak kelapa

2 sudu makan minyak zaitun

3 sudu makan tepung maizena

Langkah buat:

Campur semua bahan dan gunakan pada rambut anda. Lantas, gunakan shower cap (topi mandi) dan tuala panas di atasnya. Biarkan sepanjang 1-2 jam.

Selain meluruskan rambut, cara ini akan membuat rambut anda jauh lebih sihat, halus dan berkilat